B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Keysight Technologies

Keysight Technologies

Keysight Technologies Inc. (sebelumnya dikenal sebagai Agilent Electronics) adalah syarikat ujian dan pengukuran terkemuka di dunia yang beribu pejabat di Santa Rosa, California. Ia menyediakan penyelesaian, sistem, perisian dan perkhidmatan pengukuran elektronik canggih untuk mempercepatkan inovasi dalam ekosistem komunikasi di seluruh dunia, aeroangkasa dan pertahanan, automotif, tenaga, semikonduktor dan pasaran akhir bagi peralatan elektronik umum. Syarikat mempunyai 12,600 pekerja di semua lokasi di seluruh Asia, Eropah dan Amerika Syarikat serta menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan lebih daripada 100 buah negara di seluruh dunia.

Keysight mula melabur di Malaysia pada tahun 1972 dengan operasi pertamanya di pusat Georgetown, Pulau Pinang dengan 60 orang pekerja. Setahun kemudian, jumlah pekerjanya bertambah 15 kali ganda dan syarikat itu berpindah ke Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas. Keysight adalah salah satu daripada “Eight Samurais”, kumpulan perintis syarikat pelbagai negara yang menubuhkan Lembah Silikon Pulau Pinang. Untuk berjaya pada masa awal penubuhannya, Keysight memerlukan infrastruktur dan proses pentadbiran awam yang cekap serta asas bekalan yang kuat untuk menyokong perniagaan yang pantas. Dalam penyediaan lingkungan “kemudahan dalam melakukan perniagaan” awal ini, MIDA merupakan agensi penyokong yang penting. Di samping itu, MIDA memainkan peranan penting dalam mewujudkan usaha sama antarabangsa dan perkongsian yang menyumbang ke arah pengembangan pangkalan bekalan tempatan yang kuat untuk dimanfaatkan oleh Keysight.

Operasi Keysight di Malaysia berubah dengan pesat pada tahun-tahun seterusnya, bukan sahaja dari segi ukuran dan skala, tetapi juga dari segi nilai, kepakaran dan pengaruh memandangkan portfolio penyelesaian yang dikembangkan dan dihasilkan di Pulau Pinang semakin berkembang dengan canggih.

Hari ini, ia beroperasi di lokasi seluas 42 hektar di Kawasan Perindustrian Bebas Pulau Pinang, dengan fasiliti canggih seluas 1.2 juta kaki persegi. Ini adalah salah satu tapak utama untuk Keysight di seluruh dunia, dengan operasi yang merangkumi pengurusan perniagaan, penjualan, sokongan, pemasaran, pembuatan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), rantaian bekalan dan perkhidmatan infrastruktur global. Ia mempunyai tenaga kerja dengan kekuatan seramai 2,500 orang yang terdiri daripada rakyat Malaysia sepenuhnya – 90 peratus daripadanya adalah profesional di peringkat tinggi.

Seiring sebuah operasi berteknologi tinggi dan bernilai tambah, Keysight akan terus berkembang maju di Malaysia. Ekosistem perniagaan negara yang sihat yang didorong oleh kumpulan bakat yang luas dan pelbagai, akan membantu pertumbuhan Keysight di masa hadapan ketika syarikat ini bergerak maju untuk mempercepat kemajuan teknologi yang akan menghubungkan dan mengamankan dunia.

Keysight berbangga dengan rekod kerjasama selama 46 tahun yang bermanfaat dengan MIDA di Malaysia dan berharap dapat meneruskan kerjasama ini selama 46 tahun yang akan datang atau seterusnya.

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon