B. MalaysiaEnglish日本語

|

|

This site
is mobile
responsive

>Perihal MIDA>Kerjaya

Peluang Kerjaya

Adakah anda seorang professional berbakat yang ingin membina kerjaya disebuah organisasi yang memainkan peranan penting dalam mentransformasikan Malaysia kepada sebuah Negara berpendapatan tinggi? Diiktiraf diperingkat antarabangsa sebagai agensi penggalakan pelaburan yang cekap, MIDA merupakan instrument untuk mencapai transformasi ekonomi Negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, MIDA menggalakkan pelaburan asing dan tempatan di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan serta memudahkan pelabur melaksanakan projek. MIDA juga membantu pelabur dengan menyediakan maklumat mengenai peluang-peluang pelaburan dan pencarian rakan usahasama. Cabaran bagi MIDA bukanlah semata-mata untuk mendapatkan syarikat melabur di Malaysia, tetapi mengenalpasti pelabur yang berpotensi untuk melabur dalam industri berteknologi tinggi, mempunyai nilai ditambah yang tinggi, berintensifkan kemahiran dan berasaskan pengetahuan.

Dengan rangkaian 24 buah pejabat di luar Negara dan 12 buah pejabat di seluruh Malaysia, anggota MIDA terdiri dari pelbagai individu yang berpengalaman, berkemahiran dan berbakat dari pelbagai perspektif. Kami memberi peluang kepada warga MIDA menggunakan kemahiran dan memanfaatkan potensi mereka. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan persekitaran yang boleh menggalakkan komitmen kepada perkhidmatan dan kualiti kepada pihak-pihak berkepentingan.

Di MIDA, kami menghargai idea, pengalaman dan sumbangan warganya dan mengiktiraf bahawa mereka adalah kunci bagi meneruskan kejayaan organisasi. Justeru itu, kami menyediakan pakej yang setimpal menerusi program-program ganjaran yang menarik dan peluang kemajuan kerjaya.

Ganjaran Dan Faedah

Imbuhan Yang Kompetitif
Skim gaji dan elaun yang menarik

Pengiktirafan Dan Anugerah Perkhidmatan
Kemajuan kerjaya, kenaikan gaji tahunan dan bonus

Servis Lain

Latihan Dan Pembangunan
Cuti belajar, latihan sambil kerja, program pembangunan kepimpinan

Kemudahan
Pembiayaan perubatan, pinjaman perumahan dan komputer, taska

Sekiranya anda seorang yang rajin berusaha, bersikap positif dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar didalam kerjaya anda, maka ini adalah peluang dan masa yang sesuai untuk anda menyertai MIDA.

Sila hantar butiran peribadi anda melalui [email protected]

wpChatIcon
X