This site
is mobile
responsive
Perkhidmatan dan Peralatan
Minyak & Gas
Terletak secara strategik di persimpangan laluan pelayaran timur-barat dan mempunyai jalinan hubungan ekonomi dengan negara-negara jiran kami, industri Minyak & Gas (O&G) Malaysia yang terus berkembang memberikan suatu jaminan kelebihan dan peluang pasaran yang kuat untuk perniagaan. Ia terus menjadi sektor penting bagi ekonomi Malaysia, menyumbang 20.0 peratus kepada KDNK tahunan.
Subsektor perkhidmatan O&G meliputi industri huluan (perkhidmatan pelantar minyak dan gas), pertengahan (pengangkutan dan penyimpanan), dan penyelenggaraan jentera dan peralatan. Pada tahun 2021, industri ini mencatatkan sejumlah 9 projek diluluskan yang bernilai RM312.4 juta. Projek-projek ini menghasilkan sejumlah 264 peluang pekerjaan.
Sumbangan kepada KDNK Tahunan
Minyak & Gas terus menjadi sektor penting bagi ekonomi Malaysia, dengan ekosistem yang kuat untuk menyokong rantaian nilai minyak & gas domestik dan di rantau ini.
Perniagaan Minyak & Gas di Malaysia
Ekosistem Minyak & Gas merangkumi syarikat minyak antarabangsa, syarikat bebas, syarikat perkhidmatan dan perkilangan.
9 Projek Diluluskan
pada 2021
Perkhidmatan dan Produk Petroleum
(Termasuk Petrokimia)
(RM188.1)
Jentera dan
Peralatan
(RM117 juta)
Produk Logam Fabrikasi
(RM7.3 juta)
Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.
MIDA terus fokus terhadap integrasi strategik yang berterusan dalam operasi hiliran Malaysia untuk memenuhi permintaan dan memanfaatkan nilai pada rantaian bekalan minyak & gas . Kami juga mendorong lebih banyak usaha sama atau kolaborasi antara pemain tempatan dan asing dengan kepakaran untuk meningkatkan keupayaan tempatan melalui pemindahan pengetahuan.
Untuk membantu dan menyokong syarikat dalam usaha perniagaan mereka, MIDA menawarkan insentif Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan kepada projek yang layak. Syarikat yang terlibat dalam aktiviti menaik taraf atau memperbaiki mesin dan peralatan termasuk jentera berat serta pembuatan mesin dan peralatan untuk minyak & gas digalakkan untuk berhubung dengan kami.
Hari ini, Malaysia terus menjadi destinasi pilihan pelaburan TechnipFMC di rantau ini. Memiliki salah satu rizab bahan bakar utama di Asia Pasifik dengan industri mapan yang dibina oleh kepakaran dan teknologi, Malaysia terus menjadi lokasi utama bagi operasi minyak dan gas di Asia Tenggara.