B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


>Industri>Perkhidmatan

Sorotan Utama Sektor Perkhidmatan pada tahun 2021

RM94.1 bil

Jumlah Pelaburan Diluluskan

RM70 bil (2020)

3,803

Projek Diluluskan

3,685 (2020)

29,909

Peluang Pekerjaan

33,728 (2020)

73.5%

Pelaburan Domestik

(RM69.2 bil)

RM63.4 bil (2020)

RM94.1 bil

Jumlah Pelaburan yang Diluluskan

RM70 bil (2020)

70%

26.5%

Pelaburan Asing

(RM24.9 bil)

RM6.5 bil (2020)

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

RM94.1 bil

Jumlah Pelaburan yang Diluluskan

RM70 bil (2020)

73.5%

Pelaburan Domestik

(RM69.2 bil)

RM63.4 bil (2020)

26.5%

Pelaburan Asing

(RM24.9 bil)

RM6.5 bil (2020)

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Sentuhan Manusia

Sektor perkhidmatan Malaysia menyumbang lebih daripada separuh KDNKnya, menjadikan sektor perkhidmatan sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi, produktiviti dan pendapatan negara. Pasaran perkhidmatan yang terbuka dan dikawal selia dengan baik telah menyediakan akses kepada maklumat, kemahiran, teknologi dan pendanaan sambil membolehkan tenaga kerja mahir untuk bekerja dalam pasaran global.

Transformasi sedang giat dijalankan dengan penekanan khusus diberikan untuk memacu peralihan kepada aktiviti strategik yang bernilai tinggi. Sejajar dengan usaha Malaysia mendepani Revolusi Perindustrian Keempat, sektor perkhidmatan kita juga sedang berkembang menjadi satu sektor yang lebih berintensifkan pengetahuan dan didorong oleh produktiviti. Banyak syarikat global telah merebut peluang yang semakin meningkat dan persekitaran perniagaan yang kompetitif dari segi kos yang tersedia di sini, dan menjadikan Malaysia sebagai hab mereka, bagi memenuhi operasi mereka di rantau ini dan pasaran-pasaran global yang lain.

Bersedia untuk Memimpin

Sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang semakin matang, bahagian sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK negara juga semakin meningkat. Ketika Malaysia sedang bergerak ke arah mencapai status negara maju, penekanan yang lebih besar diberikan kepada pengembangan sektor perkhidmatan untuk berfungsi sebagai penjana pertumbuhan utama bagi mendorong dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

Melangkah ke hadapan, nantikan Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Baharu yang akan memetakan fasa pertumbuhan seterusnya untuk sektor perkhidmatan bagi tempoh 2021-2025. Pada masa ini, kerajaan sedang memuktamadkan pelan pembangunan tersebut.

Kami akan terus memberikan penekanan pada usaha mempromosikan subsektor perkhidmatan dengan mendorong pelaburan dalam aktiviti bernilai tambah yang secara relatifnya tinggi yang boleh dipasarkan, memiliki tahap pemanfaatan pengetahuan yang tinggi dan berpotensi untuk menghasilkan pekerjaan berpendapatan tinggi. Anda boleh menjangkakan bahawa keseluruhan sektor perkhidmatan akan meningkat naik dalam rantaian nilai dan, dengan itu menyediakan satu hubungan yang kuat dengan sektor ekonomi utama yang lain.

Memandangkan kepentingannya kepada pendapatan negara, sektor perkhidmatan juga memainkan peranan penting dalam memenuhi matlamat negara untuk mencapai pertumbuhan yang mapan dengan peningkatan kemakmuran dan mengatasi jurang sosioekonomi.

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp

Memulakan Perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai polisi, insentif dan kemudahan di sektor perkhidmatan.

Hubungi Wakil Kami

Kehadiran global kami bermaksud kami sentiasa bersedia untuk membantu. Hubungi kami dan melabur di Malaysia hari ini!
wpChatIcon