B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


>Industri>Perkhidmatan>Penyelidikan & Pembangunan (R&D)

Penyelidikan & Pembangunan (R&D)

R&D memainkan peranan penting dalam kejayaan jangka panjang syarikat yang seterusnya diterjemahkan kepada pertumbuhan ekonomi masing-masing. MIDA mempromosikan strategi pertumbuhan dan aktiviti R&D yang menjana nilai pelanggan baharu dalam bidang perniagaan utama. R&D penting untuk kesejahteraan negara. Ia mewujudkan nilai dan membolehkan negara terus berdaya saing dalam ekonomi dunia.

Berdasarkan Kajian R&D Kebangsaan tahunan yang dilakukan oleh Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), inisiatif nasional untuk menghasilkan 70 penyelidik bagi setiap 10,000 tenaga kerja menjelang tahun 2020 telah dicapai.

Pencapaian itu dapat dikaitkan dengan usaha kerejaan yang telah memperkenalkan Universiti Penyelidikan Malaysia (MRU) pada tahun 2007. Projek MRU dimodelkan mengikut inisiatif yang serupa di Korea Selatan dan Singapura, yang bertujuan untuk membudayakan R&D di Malaysia, meningkatkan pengkomersialan, meningkatkan pengambilan bilangan pelajar pascasiswazah dan pasca kedoktoran, dan meningkatkan kedudukan global Malaysia.

Pada tahun 2020, Kerajaan mengumumkan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (NPSTI) Negara 2021-2030 untuk menggalakkan kepentingan menghubungkan kemudahan dan kapasiti Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang ada kepada keseluruhan ekonomi di Malaysia. Sepuluh program lonjakan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) telah dirangka di bawah pelan ini untuk mencapai matlamat GERD (Perbelanjaan Dalam Negara Kasar untuk R&D) sebanyak 3.5 peratus menjelang 2030.

Penerapan Teknologi

Pemain industri perlu mengutamakan inovasi atau model pertumbuhan yang diterajui R&D untuk berdaya tahan dalam jangka panjang. Selain menumpukan pada Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I), pemain industri juga digalakkan agar meningkatkan kecekapan operasi mereka melalui penerapan teknologi pintar. MIDA ialah rakan kongsi pelaksanaan strategik utama untuk mencapai matlamat perniagaan anda dalam penerapan teknologi ini. Bakal pelabur digalakkan agar memanfaatkan kemudahan, geran dan insentif MIDA serta meningkatkan perniagaan anda hari ini.

Baca lebih lanjut di sini.

49.4%

Pelaburan Domestik

(RM12.5 juta)

RM25.3 juta

Jumlah Pelaburan Diluluskan

pada tahun 2021

79%

50.6%

Pelaburan Asing

(RM12.9 juta)

RM25.3 juta

Jumlah Pelaburan Diluluskan

pada tahun 2021

49.4%

Pelaburan Domestik

(RM12.5 juta)

50.6%

Pelaburan Asing

(RM12.9 juta)

RM3.1 bil

Jumlah Pelaburan Modal

(setakat 2021)

206

Projek Diluluskan

(setakat 2021)

7,105

Pekerjaan Berteknologi Tinggi yang Dicipta

(setakat 2021)

6 syarikat berkaitan Universiti
dianugerahkan Status R&D (setakat 2021)

Pelanggan syarikat berstatus R&D dapat menikmati potongan dua kali bagi perbelanjaan R&D

Ini menggalakkan kolaborasi dan memastikan projek menekankan hasil penyelidikan yang mempunyai nilai tambah dan impak bagi rakan industri untuk meningkatkan inovasi dan daya saing mereka.

Malaysia Mempunyai Landskap R&D yang Rancak

Ke -3

Ekonomi Berpendapatan
Sederhana Tinggi yang
Paling Inovatif

di Dunia
(Indeks Inovasi Global 2021,
Pertubuhan Hartanah Intelek Dunia, WIPO)

Ke -8

Negara Paling Inovatif

dikalangan Ekonomi Asia
(Indeks Inovasi Global 2021,
Pertubuhan Harta Intelek Dunia, WIPO)

Usaha berterusan kami untuk membangunkan ekosistem R&D di negara ini telah membolehkan Malaysia menduduki tempat ke-36 keseluruhan dalam laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2021 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Hartanah Intelek Dunia (WIPO). Di Asia, Malaysia berada di kedudukan ke-8 di kalangan 17 ekonomi di rantau ini hasil sistem pendidikan tinggi berkelas dunia, pasaran modal yang mapan dan sektor swasta yang menyeluruh terutamanya cemerlang dalam bidang eksport teknologi tinggi dan eksport barangan kreatif. Malaysia menduduki tempat kedua di kalangan ekonomi inovasi berpendapatan sederhana tinggi.


Malaysia terus menyokong syarikat dalam spektrum industri yang luas untuk mencapai aspirasi R&D melalui pelbagai insentif dan bantuan kewangan, yang merangkumi rantaian nilai inovasi, daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pengkomersialan. Insentif R&D utama merangkumi Status R&D, Syarikat Kontrak R&D, Syarikat R&D dan R&D Dalaman.

Sokongan Kerajaan

Syarikat R&D adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan R&D di Malaysia kepada syarikat berkaitan atau syarikat lain.

 

100%

100% perbelanjaan modal yang
layak dibelanjakan dalam
masa sepuluh (10) tahun.

 

70%

Elaun boleh ditolak daripada
70% pendapatan berkanun bagi
setiap tahun taksiran.

Our Success Stories

Memulakan Perniagaan

MIDA memberikan sokongan yang menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber kami, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi anda di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai dasar, insentif dan kemudahan subsektor perkhidmatan R&D.

Hubungi Wakil Kami

Pakar pelbagai bidang kami di MIDA yang berdedikasi sentiasa bersedia untuk berhubung dan membantu perniagaan anda di Malaysia. Hubungi kami hari ini!
wpChatIcon