B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


>Industri>Perkhidmatan>Hospitaliti (Hotel & Pelancongan)

Subsektor Hospitaliti

Industri hospitaliti dikenali dengan peranan pentingnya sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi global yang ketara dalam memacu pembangunan sosioekonomi serta penghasilan pekerjaan. Pelancongan domestik kekal menjadi tumpuan utama pada tahun 2021, bermula dengan pembukaan semula separa gelembung pelancongan domestik Langkawi. Ini merupakan langkah pertama yang menggalakkan pemulihan industri pelancongan, dengan sejumlah 38,748 ketibaan pelancong domestik dan RM15.97 juta perbelanjaan pelancongan yang direkodkan pada tahun 2021.

Untuk merancakkan semula industri pelancongan, kerajaan telah menggariskan beberapa strategi dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). Antaranya ialah memulihkan keyakinan pelancong untuk melakukan perjalanan secara selamat dalam dunia pascapandemik. Selain itu, penyediakan produk serta perkhidmatan yang lebih berkualiti seperti ekopelancongan dan aktiviti penghayatan kebudayaan berasaskan komuniti yang menyerlahkan pengalaman gaya Malaysia dengan jelas. Keselamatan dan kebersihan akan menjadi tumpuan semua usaha penjenamaan serta promosi.

Kerajaan juga telah melancarkan rancangan transformasi sepuluh tahun untuk industri pelancongan, dinamakan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020 – 2030. DPN telah disusun untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan sepuluh destinasi pelancongan terbaik dalam kedua-dua aspek ketibaan dan perbelanjaan. Salah satu strategi utama untuk kekal berdaya saing pada masa hadapan adalah dengan menerapkan Pelancongan Pintar.

Pelancong antarabangsa dan domestik menyukai budaya, makanan dan perpaduan pelbagai etnik yang unik di negara ini sambil menikmati kepelbagaian biologi semula jadi yang terdiri daripada pantai berpasir, terumbu karang dan hutan hujan. Rangkaian mantap infrastruktur negara memenuhi keperluan spektrum luas pengembara, daripada keluarga sehingga pelancong beg galas yang mencari cabaran.

Antara usaha untuk memulihkan perjalanan ke Malaysia ialah penubuhan laluan perjalanan lengkap vaksin (VTL) dengan yang pertama dilancarkan pada bulan November 2021 antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan Lapangan Terbang Changi Singapura. Untuk mendapatkan nasihat perjalanan dan maklumat lain untuk pengembara perniagaan yang akan memasuki Malaysia, sila layari mysafetravel.gov.my

94%

Pelaburan Domestik

(RM3.2 bil)

RM3.4 bil

Jumlah Pelaburan yang Diluluskan pada 2021

90%

6%

Pelaburan Asing

(RM0.2 bil)

RM3.4 bil

Jumlah Pelaburan yang Diluluskan pada 2021

94%

Pelaburan Domestik

(RM3.2 bil)

6%

Pelaburan Asing

(RM0.2 bil)

Pelaburan yang Diluluskan pada Tahun 2021

29

Projek yang Diluluskan

RM3.4 bil

Jumlah Pelaburan yang Diluluskan

2,949

Peluang Pekerjaan

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Keperluan Ekuiti

Hotel

1 & 2 Bintang: 100% Warganegara Malaysia

3 Bintang: Sekurang-kurangnya 30% Warganegara Malaysia

4 & 5 Bintang: 100% Ekuiti Asing Dibenarkan

Taman Tema

Tiada Sekatan Ekuiti

Pusat Konvensyen

100% Ekuiti Asing Dibenarkan

Taman Tema / Projek Pelancongan Lain

Sekurang-kurangnya 49% warganegara Malaysia termasuk 30% yang dikhaskan

Aktiviti yang Digalakkan
(Projek Baharu)

Projek baru yang melibatkan aktiviti yang digalakkan dalam industri pelancongan layak untuk mendapatkan insentif:

Taman Tema

Pusat Konvensyen

Taman Rekreasi

Hotel (1- 3 Bintang)

Projek Pelancongan Lain

Sokongan Kerajaan

Untuk meningkatkan minat pelabur, Kerajaan memberikan insentif cukai untuk projek-projek pelancongan termasuk hotel, taman tema, pusat konvensyen, taman rekreasi dan projek pelancongan lain.

 

Taraf Perintis (PS)

Syarikat boleh mendapat manfaat daripada Taraf Perintis sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran operasi perniagaannya.

ATAU

Elaun Cukai Pelaburan (ITA)

Syarikat boleh mendapat faedah dari pakej pengecualian cukai pendapatan sebanyak 60% daripada perbelanjaan modal yang layak yang dikeluarkan dalam jangka masa 5 tahun di mana peruntukan tersebut dapat digunakan untuk menolak 70% daripada pendapatan berkanun untuk setiap tahun taksiran operasi perniagaannya.

Untuk projek hotel bertaraf 4 bintang ke atas di Sabah dan Sarawak, syarikat layak mendapat 100% Taraf Perintis (PS) atau 100% Elaun Cukai Pelaburan (ITA) di mana elaun tersebut boleh digunakan untuk menolak 100% daripada pendapatan berkanun untuk setiap tahun taksiran operasi perniagaannya.

Aktiviti-aktiviti yang Digalakkan
(Projek Pengembangan)

Projek pengembangan, pemodenan dan pembaharuan bagi perniagaan berikut layak mendapat insentif:

Hotel (1-5 Bintang)

Taman Tema

Projek Pelancongan Lain

Sokongan Kerajaan

Untuk memperkuat daya saing industri pelancongan, Kerajaan memberikan insentif cukai bagi pengembangan, pemodenan dan pembaharuan hotel, taman tema dan projek pelancongan lain.

Elaun Cukai Pelaburan (ITA)

Syarikat boleh mendapat faedah daripada pakej pengecualian cukai pendapatan sebanyak 60% daripada perbelanjaan modal yang layak yang dikeluarkan dalam jangka masa 5 tahun di mana peruntukan tersebut boleh digunakan untuk menolak 70% daripada pendapatan berkanun untuk setiap tahun taksiran operasi perniagaannya.

Sumber oleh Datai Langkawi di www.thedatai.com

Sorotan Pelabur Kami

Encore Melaka Impression Series adalah teater seni persembahan terbesar di Asia Tenggara yang menawarkan persembahan budaya selama 70 minit yang memaparkan sejarah Melaka sepanjang enam abad.

- PTS Impression Sdn. Bhd.
PTS Impression Sdn. Bhd.

Memulakan Perniagaan

MIDA memberikan sokongan yang menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber kami, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi anda di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai dasar, insentif dan kemudahan di sektor perkhidmatan.
(Nota: Buku panduan ini hanya tersedia di dalam versi Bahasa Inggeris)

Hubungi Wakil Kami

Pakar pelbagai bidang kami di MIDA yang berdedikasi sentiasa bersedia untuk berhubung dan membantu perniagaan anda di Malaysia. Hubungi kami hari ini!
wpChatIcon