B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Tekstil dan Pakaian

Malaysia telah menjadi penentu trend global dalam bidang tekstil dan pakaian. Pereka Malaysia telah mereka pakaian yang dipakai oleh selebriti, kerabat diraja dan juga ketua negara. Pengusaha tekstil dan fesyen Malaysia sememangnya berkemampuan untuk menjadi pemain antarabangsa berdasarkan bakat mereka yang pelbagai.

 

Industri tekstil dan pakaian ialah pasaran yang terus berkembang, dengan China, EU, AS dan India sebagai pesaing utamanya. Meskipun demikian, industri tekstil dan pakaian Malaysia yang matang dan mapan menyediakan potensi pertumbuhan yang pelbagai. Peluang perniagaan terletak di hujung rantaian nilai global yang lebih tinggi dan pengeluaran pelbagai produk bernilai tambah yang lebih tinggi.

 

Melangkah kedepan, pertumbuhan industri akan bergantung kepada pembinaan ekosistem yang lebih kuat dan komprehensif yang memberi tumpuan kepada pembangunan bakat, kemahiran dan inovasi. Teknologi Industri 4.0 seperti automasi telah mempengaruhi bahagian depan dan belakang industri. Transformasi digital telah membuka jalan kepada model perniagaan baharu dan yang lebih cekap.

 

Kepentingan industri tekstil dan pakaian yang berterusan telah ditekankan dalam pelan induk perindustrian yang mengenal pasti tekstil industri dan teknikal, tekstil pelbagai guna, tekstil mewah dan tekstil etnik sebagai kategori pertumbuhan. Kami mengalu-alukan pelaburan terlibat dalam peningkatan kualiti produk di samping mengekalkan tahap harga yang berpatutan dan menyumbang kepada pendapatan eksport negara.

33.7%

Pelaburan Domestik

(RM128.7 juta)

RM381.4 juta

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada 2021

40%

66.3%

Pelaburan Asing

(RM252.7 juta)

RM381.4 juta

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada 2021

33.7%

Pelaburan Domestik

(RM128.7 juta)

66.3%

Pelaburan Asing

(RM252.7 juta)

19

Projek Diluluskan

566

Peluang Pekerjaan

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Subsektor Utama

Industri gaya hidup dikategorikan kepada dua subsektor utama:

Tekstil

terdiri daripada tekstil utama huluan dan aktiviti seperti pempolimeran, pemintalan, penenunan, penyulaman dan pemprosesan basah.

 

Pemintalan

 

Penenunan

 

Penyulaman

Pakaian

terdiri daripada pakaian, kasut, pakaian kulit dan perhiasan

Pakaian

yang merangkumi pakaian buatan, Peralatan Pelindung Diri (PPE) dan aksesori (label, butang, zip, pembungkusan, dll.)

Kasut

 

yang merangkumi but, kasut, sandal, selipar dan terompah

Kulit

yang digunakan untuk membuat pelbagai barang/aksesori termasuk kasut, tempat duduk kereta, pakaian, beg, penjilidan buku, aksesori fesyen dan perabot

 

Barang Kemas

 

yang merangkumi barang-barang hiasan yang dipakai untuk perhiasan diri yang terdiri daripada perhiasan atau logam berharga, dan perhiasan kostum seperti kerongsang, cincin, kalung, anting-anting, loket, gelang dan kafling.

Syarikat Utama di Malaysia

Federation of Malaysian Fashion,
Textile & Apparel Industrial

Ramatex Textiles
Industrial Sdn. Bhd

Recron Malaysia Sdn Bhd

Jin Huo Gold & Jewellery
Industries (Malaysia) Sdn Bhd

Habib Jewels Sdn. Bhd.

Bonia Corporation Berhad

Fibertex Nonwovens Sdn Bhd

Penfabric Sdn Bhd

Bata (Malaysia) Sdn Bhd

Persekutuan Fesyen, Tekstil dan Pakaian Malaysia (FMFTA)

Persekutuan Fesyen, Tekstil dan Pakaian Malaysia (FMFTA) dilancarkan dengan kerjasama dengan MIDA pada tahun 2019, sejajar dengan inisiatif Malaysia untuk mempercepat penerapan Industri 4.0.

 

Persekutuan ini ditubuhkan sebagai tindak balas terhadap kemunculan teknologi seperti Internet Pelbagai Benda (IoT), Kepintaran Buatan (AI), percetakan digital, pengkomputeran awan dan integrasi sistem yang telah mempengaruhi kedua-dua bahagian depan dan juga bahagian belakang industri tekstil dan pakaian.

 

FMFTA mempunyai objektif yang berikut:

  • Menyelaras, mempromosikan dan menerajui perkembangan progresif industri tekstil dan pakaian fesyen Malaysia untuk meningkatkan penggunaan domestik dan bersepadu dnegan rantaian nilai global
  • Berfungsi sebagai suara kolektif dan tunggal bagi industri dan memudahkan aktiviti pempromosian antarabangsa bagi ahlinya
  • Bertindak sebagai perundingan yang tertumpu antara Kerajaan dan agensi yang berkaitan berkenaan perancangan dasar, perumusan strategi, insentif dan cadangan program strategik mengenai isu-isu yang merencatkan pertumbuhan industri ini

Sorotan Pelabur Kami

Dengan sejarah 46 tahun yang cemerlang, banyak kejayaan dan tanda aras Kumpulan BONIA dicapai dengan sokongan tenaga kerja yang luar biasa dan persekitaran perniagaan yang kondusif. Kumpulan bakat Malaysia yang luas, infrastruktur yang kompeten, ekonomi yang kukuh, sokongan kerajaan yang padu, insentif pelaburan yang menarik, lokasi yang strategik dan iklim politik yang stabil semuanya membuka jalan untuk mengukuhkan kedudukan syarikat dalam industri fesyen dan popularitinya menjangkaui rantau ini. Hari ini, BONIA Group telah mewujudkan kehadirannya di seluruh dunia, disamping kehadiran digital yang semakin berkembang dan platform e-dagang yang semakin besar.

- Dato’ Sri Daniel Chiang, Pengarah Eksekutif Kumpulan
BONIA (2020)

Memulakan Perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai borang dan garis panduan penting untuk membantu anda memulakan perjalanan anda dalam sektor perkilangan di Malaysia.
Hantar permohonan anda untuk mendapatkan Lesen Perkilangan atau insentif lain di sini.

Hubungi Wakil Kami

Pakar pelbagai bidang kami di MIDA yang berdedikasi sentiasa bersedia untuk berhubung dan membantu perniagaan anda di Malaysia. Hubungi kami hari ini!
wpChatIcon