B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


>Industri>Perkilangan>Teknologi Bangunan

Teknologi Bangunan

Perkilangan teknologi bangunan Malaysia fokus memberi fokus kepada industri galian bukan logam dan industri Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Galian Bukan Logam

73.6%

Pelaburan Domestik

(RM311.3 juta)

RM422.9 juta

Jumlah Pelaburan Diluluskan pada tahun 2021

35%

26.4%

Pelaburan Asing

(RM111.6 juta)

Galian Bukan Logam

RM422.9 juta

Jumlah Pelaburan Diluluskan pada tahun 2021

73.6%

Pelaburan Domestik

(RM311.3 juta)

26.4%

Pelaburan Asing

(RM111.6 juta)

17

Projek Diluluskan

RM10.6 bil

Jumlah Sumbangan Eksport

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Produk Galian Bukan Logam

Industri produk galian bukan logam merangkumi pengeluaran kaca, seramik dan produk berasaskan tanah liat, simen dan konkrit, alumina kemurnian tinggi (HPA) dan produk lain seperti kapur tohor, barit, marmar dan granit.

GALIAN BUKAN LOGAM

Produk kaca
  • Kaca terapung
  • Kaca solar
    • Kaca solar ialah gabungan teknologi solar dan kaca. Kaca ini sering digunakan sebagai permukaan atas pada pengumpul termal dan modul fotovolta.
  • Kaca keselamatan
  • Tiub kaca borosilikat
  • Barangan kaca
  • Kaca seni bina
  • Gentian kaca
  • Produk kaca ketepatan berteknologi tinggi

Subsektor ini dijangka berkembang untuk merangkumi bahan berfungsi, serta kaca pelepasan rendah, kaca berprestasi tinggi, dan kaca bersalut khas, untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada industri pembinaan dan solar.

Produk berasaskan seramik & tanah liat
  • Seramik tradisional
    • Ini termasuklah dinding, lantai dan jubin atap, peralatan bilik mandi, peralatan makan dan batu bata
  • Seramik Halus dan Termaju

Ini adalah segmen yang agak baru di Malaysia dengan pengaplikasian teknologi tinggi yang meluas dalam bidang elektronik, aeroangkasa, perubatan dan bidang-bidang lain

Produk simen
  • Ini termasuk simen portland biasa, simen hidraulik, simen sanga, simen abu terbang, simen campuran dan bahan simen
Produk kaca
  • Kaca terapung
  • Kaca solar
    • Kaca solar adalah gabungan teknologi solar dan kaca, dan sering digunakan sebagai permukaan atas pada pengumpul termal dan modul fotovoltaik.
  • Kaca keselamatan
  • Tiub kaca borosilikat
  • Barangan kaca
  • Kaca seni bina
  • Gentian kaca
  • Produk kaca ketepatan berteknologi tinggi

Subsektor ini dijangka berkembang untuk merangkumi bahan berfungsi, serta kaca pelepasan rendah, kaca berprestasi tinggi, dan kaca bersalut khas, untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada industri pembinaan dan solar.

Produk berasaskan seramik & tanah liat
  • Seramik tradisional
    • Ini termasuklah dinding, lantai dan jubin atap, peralatan bilik mandi, peralatan makan dan batu bata
  • Seramik Halus dan Termaju

Ini adalah segmen yang agak baru di Malaysia dengan pengaplikasian teknologi tinggi yang meluas dalam bidang elektronik, aeroangkasa, perubatan dan bidang-bidang lain

Produk simen
  • Ini termasuk simen portland biasa, simen hidraulik, simen sanga, simen abu terbang, simen campuran dan bahan simen

Bakal pelabur dalam industri ini digalakkan agar membantu pemain industri mempercepatkan penggunaan teknologi digital, AI dan analitik serta meningkatkan saiz operator perlombongan dan kuari. Terdapat banyak ruang pertumbuhan dalam industri kerana kebanyakan aktiviti masih dijalankan secara kecil-kecilan menggunakan teknologi yang sedia ada. Selain itu, krisis COVID-19 telah mendedahkan sifat berasingan syarikat perlombongan dan bukan logam serta menonjolkan keperluan untuk operasi bersepadu, jadi pelabur yang pakar dalam bidang itu juga digalakkan agar berkongsi kepakaran mereka.

Satu bidang tumpuan yang perlu difokus oleh pelabur-pelabur industri produk galian bukan logam ialah pengeluaran pasir silika dan produk hilirannya. Pasir silika juga dikenali sebagai pasir putih, pasir kuarza atau pasir industri. Ia ialah gabungan dua bahan iaitu silika (silikon dioksida) dan oksigen. Pelbagai industri menggunakan pasir silika sebagai bahan mentah utama mereka untuk mengeluarkan produk yang berbeza. Sebahagian besar penggunaannya adalah dalam produk kaca seperti botol, balang, kaca rata untuk tingkap dan kegunaan automotif, gentian kaca, gentian kaca pengukuhan, mentol lampu, tiub pendarfluor, televisyen dan skrin komputer.

Mendapan pasir silika di Malaysia bertaburan di seluruh negara dan kebanyakannya masih belum diterokai. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menganggarkan terdapat kira-kira 148.4 juta tan rizab pasir silika. Pada masa ini, Malaysia ialah pengeksport pasir silika terproses yang keenam terbesar di dunia. MIDA menjemput syarikat-syarikat untuk menubuhkan projek bersepadu di negara ini bagi memanfaatkan mendapan pasir silika yang belum diterokai di beberapa lokasi yang sangat strategik. Pelabur akan dapat memanfaatkan potensi bekalan mineral ini untuk menghasilkan produk akhir yang bernilai tambah tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport. Insentif cukai yang kompetitif akan ditawarkan kepada syarikat yang menjalankan pengeluaran pasir silika bergred tinggi di negara ini.

Sistem Binaan Berindustri (IBS)

89.3%

Pelaburan Domestik

(RM36.7 juta)

RM41.1 juta

Jumlah Pelaburan Diluluskan pada tahun 2021

44%

10.7%

Pelaburan Asing

(RM4.4 juta)

Sistem Binaan Berindustri (IBS)

RM41.1 juta

Jumlah Pelaburan Diluluskan pada tahun 2021

89.3%

Pelaburan Domestik

(RM36.7 juta)

10.7%

Pelaburan Asing

(RM4.4 juta)

Sistem Bangunan Berindustri (IBS)

Sistem Bangunan Berindustri (IBS) merangkumi semua aspek bagaimana bangunan pasang siap dibuat dan disatukan. Ia dikenali dengan pelbagai istilah seperti pra-fabrikasi / pembinaan pra-fabrikasi, kaedah pembinaan moden (MMC) dan pembinaan di luar lokasi. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) mendefinisikan IBS sebagai teknik pembinaan di mana komponen dibuat dalam persekitaran terkawal (di lokasi atau di luar lokasi), diangkut, diposisikan dan dipasang untuk membangunkan sesebuah struktur menggunakan kerja tambahan yang minimum di lokasi.

 

Penggunaan IBS dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pembinaan dengan mengurangkan masa pembinaan, menurunkan kos keseluruhan dan meminimumkan sisa yang dihasilkan di lokasi. Komponen pra-fabrikasi lebih mesra alam dan meningkatkan kesihatan dan keselamatan pekerjaan.

 

Industri pembinaan Malaysia digalakkan untuk menggunakan IBS digital. Kementerian Kerja Raya melalui CIDB telah mengembangkan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP). CITP bertujuan untuk menjadikan industri pembinaan Malaysia lebih kuat dan berdaya saing di seluruh dunia, dengan penekanan yang luas diberikan kepada kelestarian alam sekitar.

 

Industri pembinaan tempatan digesa untuk menggunakan teknologi baharu untuk meningkatkan kecekapan, menambahbaik pengenalpastian bahagian yang bermasalah dan meningkatkan ketepatan perancangan pembinaan. Oleh itu, Halatuju Revolusi Pembinaan (CR) 4.0 telah diperkenalkan untuk menyelaraskan program masa depan yang berkaitan dengan digitalisasi industri pembinaan. Ini termasuk penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

 

BIM adalah teknologi pemodelan dan sekumpulan proses yang berkaitan untuk menghasilkan, berkomunikasi, menganalisis dan menggunakan model maklumat digital sepanjang kitaran hidup projek pembinaan. Ini berpotensi menjimatkan sehingga 15-20% masa yang dihabiskan di peringkat perancangan dan reka bentuk.

 

Pengamalan teknologi pembinaan baharu melalui kaedah pembinaan pasang siap adalah diperlukan untuk pemaju dan pembina supaya kekal berdaya saing dalam jangka panjang. Bakal pelabur digalakkan agar membantu pemain industri tempatan menggunakan dan membangunkan teknologi pembinaan yang inovatif dengan menerapkan digitalisasi dan automasi. Ini akan meningkatkan tahap pengetahuan dan menghasilkan aliran pengeluaran yang bersepadu sepenuhnya, automatik dan optimum dalam industri..

 

Pelabur juga boleh yakin bahawa MIDA bekerjasama rapat dengan Kementerian Kerja Raya dan CIDB untuk menggalakkan Revolusi Pembinaan 4.0. Secara khusus, MIDA menyediakan bantuan dari segi insentif kepada pengeluar IBS dan syarikat pembinaan yang ingin mengamalkan teknologi automasi dan termaju seperti Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM), bahan dan sistem termaju, percetakan 3D/4D/5D dan sistem inovatif yang menambah baik kelajuan, fleksibiliti, produktiviti, produktiviti buruh dan kualiti produk.

Syarikat Terkemuka di Malaysia

YTL Cement Berhad

Kim Hin Industry Berhad

SCHAEFER KALK
(Malaysia) Sdn Bhd

Nippon Electric Glass (M) Sdn Bhd

Xinyi Glass Holdings Limited

Kibing Group (M) Sdn Bhd

Gamuda Industrial Building
System Sdn Bhd

Altech Chemicals Sdn Bhd

White Horse Ceramic
Industries Sdn Bhd

Malaysia Sheet
Glass Sdn Bhd (NSG Group)

Cement Industries
of Malaysia Berhad

IJM IBS Sdn Bhd

Sorotan Pelabur Kami

“Pada tahun 1992, pembuatan kaca CRT berjaya ditubuhkan di Malaysia dengan sokongan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, bekalan utiliti yang stabil, infrastruktur yang terawat dengan baik, insentif pelaburan yang banyak dan sokongan kuat dari badan-badan Kerajaan.”

- Masayuki Arioka, Chairman of the Board
Nippon Electric Glass (NEG)

Memulakan Perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai borang dan garis panduan penting untuk membantu anda memulakan perjalanan anda dalam sektor perkilangan di Malaysia.
Syarikat boleh membuat permohonan dan menyemak status permohonan secara atas talian melalui portal InvestMalaysia di investmalaysia.mida.gov.my

Hubungi Wakil Kami

Kehadiran global kami bermaksud kami sentiasa bersedia untuk membantu anda. Hubungi kami dan melabur di Malaysia hari ini.
wpChatIcon