B. MelayuEnglish日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Aker Solutions

Aker Solutions

Aker Solutions membantu memenuhi keperluan tenaga dunia. Kami menghasilkan produk, sistem dan perkhidmatan yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga. Matlamat kami adalah untuk memaksimumkan pemulihan dan kecekapan aset minyak dan gas sambil menggunakan kepakaran kami untuk mengembangkan penyelesaian masa depan yang mampan.

Malaysia adalah merupakan ibu pejabat Asia Pasifik bagi Aker Solutions. Kami memainkan peranan penting dalam merangka strategi antarabangsa Aker Solutions, menyediakan penyelesaian kepada pangkalan pelanggan global kami di kawasan seperti Afrika, China, India, Timur Tengah, Norway dan Korea Selatan. Kami telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1987.

Pasukan Aker Solutions di Kuala Lumpur menyediakan penyelesaian bersepadu daripada dasar laut ke permukaan dan juga di sepanjang hayat aset tenaga. Ini merangkumi kajian konsep, kejuruteraan bahagian hadapan, reka bentuk lapangan, penyelenggaraan dan pengubahsuaian, perkhidmatan kitaran hidup, perkhidmatan aset pengeluaran dan pengurusan integriti aset.

Pusat perkilangan kami di Pelabuhan Klang adalah salah satu kemudahan dasar laut terbesar di Asia Tenggara. Ia merupakan sebuah pusat sehenti bagi sistem pengeluaran dasar laut yang lengkap. Sebagai sebuah pangkalan global bagi pelanggan pelanggan kami, pusat peralatan bawah laut bersepadu kami menawarkan pengurusan projek kejuruteraan, perolehan dan pembinaan bertaraf dunia.

Kemudahan ini menghasilkan produk menggunakan teknologi canggih dan kecerdasan yang memungkinkan konfigurasi jarak jauh, pemantauan prestasi produk dan pelaksanaan diagnostik. Pusat ini juga merupakan hab global dalam pembuatan dan penyampaian produk sumur kepada pelanggan kami di seluruh dunia. Penggunaan teknologi digital di sini semakin berkembang bagi meningkatkan proses perkilangan, sekaligus meningkatkan kecepatan, menambah baik kualiti dan meningkatkan keselamatan.

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon