B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Syarat Pekerjaan

Syarat Pekerjaan

Malaysia menawarkan pelabur tenaga buruh yang rajin, berdisiplin, berpendidikan dan terlatih. Belia Malaysia yang memasuki pasaran buruh lazimnya telah menjalani pendidikan di sekolah sekurang-kurangnya selama 11 tahun iaitu hingga ke peringkat sekolah menengah, dan oleh itu mudah dilatih dengan kemahiran baharu. Di samping itu, 27% tenaga kerja mempunyai pendidikan tinggi.

Untuk memenuhi permintaan sektor perkilangan yang semakin meningkat bagi pekerja yang terlatih secara teknikal, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah untuk meningkatkan jumlah jurutera, juruteknik dan tenaga mahir lain. Penekanan diberikan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan industri diberi platform untuk berkolaborasi dengan penyedia TVET untuk memastikan bahawa bekalan graduan dapat memenuhi keperluan industri.

Di samping itu, Malaysia memiliki pasaran buruh yang bebas dan berdaya saing di mana hubungan majikan-pekerja adalah mesra dan harmoni. Kerajaan terus mengkaji undang-undang yang berkaitan dengan buruh untuk memenuhi keperluan pasaran kerja. Program peningkatan kemahiran dan pengambilan pekerja sentiasa tersedia untuk memastikan hubungan majikan-pekerja yang stabil.

Kos buruh di Malaysia adalah agak rendah manakala tahap produktiviti pula kekal tinggi jika dibandingkan dengan negara perindustrian lain. Banyak program dan fasilitasi yang tersedia bagi peningkatan produktiviti termasuk sistem gaji berdasarkan produktiviti, automasi dan latihan kemahiran.

KOS BURUH

Gaji dan faedah tambahan pekerja bergantung kepada industri, lokasi dan saiz pekerjaan. Jenis cuti yang biasa diberikan oleh syarikat adalah termasuk cuti tahunan, cuti umum, cuti sakit, cuti masuk hospital, cuti bersalin dan cuti ihsan. Di sesetengah syarikat, faedah tambahan diberikan merangkumi penyediaan pakaian seragam, pengangkutan, pembayaran insentif, elaun syif dan perlindungan insurans. Pembayaran bonus diberikan oleh beberapa syarikat berdasarkan prestasi syarikat dan prestasi individu.

KEMUDAHAN UNTUK PENGAMBILAN PEKERJA

Selain agensi pekerjaan swasta yang berdaftar, majikan dan pencari kerja boleh mendaftar secara percuma melalui Portal JobsMalaysia untuk mencari calon yang sesuai dan jawatan kosong yang terdapat di seluruh negara. Terdapat sekitar 90 Pusat JobsMalaysia di seluruh negara yang beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Pejabat Tenaga Kerja. Majikan dan pencari kerja juga dijemput untuk menyertai Jobs Carnival yang dianjurkan oleh JobsMalaysia.

PIAWAIAN BURUH

Jabatan Tenaga Kerja bertanggungjawab bagi pentadbiran undang-undang buruh untuk mengekalkan keharmonian industri. Undang-undang buruh menetapkan syarat minimum yang harus dipatuhi oleh majikan bagi melindungi hak dan faedah pekerja. Beberapa fleksibiliti dalam operasi perniagaan dibenarkan melalui permohonan pengecualian kepada Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja.

Akta Pekerjaan, 1955 adalah undang-undang utama bagi perkara yang berkaitan buruh di Malaysia.

Cuti Bersalin Bergaji60 hari
Waktu kerja biasaTidak melebihi lapan jam sehari atau 48 jam dalam masa seminggu
Cuti BergajiSekurang-kurangnya 11 hari cuti umum yang digazetkan (termasuk lima hari wajib cuti; Hari Kebangsaan, Hari Lahir Yang di-Pertuan Agong, Hari Lahir Sultan/Hari Wilayah, Hari Buruh dan Hari Malaysia) dalam satu tahun kalendar and pada mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai hari cuti umum di bawah seksyen 8 Akta Hari Pelepasan 1951.

Cuti tahunan bergaji untuk pekerja

Perkhidmatan kurang daripada dua (2) tahun8 hari
Perkhidmatan dua (2) tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima (5) tahun12 hari
Perkhidmatan melebihi 5 tahun16 hari

*Minimum cuti tahunan bergaji yang perlu diberi kepada pekerja

Cuti Sakit Bergaji Tahunan

Perkhidmatan kurang daripada dua (2) tahun14 hari
Perkhidmatan dua (2) tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima (5) tahun18 hari
Perkhidmatan melebihi lima (5) tahun22 hari
Apabila terdapat keperluan untuk dimasukkan ke dalam hospitalSehingga 60 hari (termasuk cuti sakit seperti yang dinyatakan di atas)

*Minimum cuti sakit bergaji yang perlu diberi kepada pekerja

Bayaran untuk kerja lebih masa

Hari bekerja biasaSatu setengah kali ganda kadar gaji sejam
Hari cutiDua kali ganda kadar gaji sejam
Cuti umumTiga kali ganda kadar gaji sejam

Perintah Gaji Minimum 2016

Secara amnya, gaji di Malaysia tidak dikawal selia dan ianya bergantung pada permintaan dan penawaran kekuatan pasaran. Perintah Gaji Minimum 2012 telah menetapkan gaji minimum yang harus dibayar untuk semua pekerja yang termasuk dalam Jadual Pertama Akta Pekerjaan 1955. Upah minimum ditakrifkan sebagai gaji pokok, tidak termasuk elaun atau pembayaran lain. Gaji minimum RM1100 ditetapkan untuk Semenanjung Malaysia dan RM920 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan. Majikan tidak dibenarkan membayar gaji lebih rendah daripada jumlah yang ditetapkan. Semua pekerja tempatan dan asing berhak menerima gaji minimum mengikut Perintah ini.

Akta Umur Persaraan Minimum 2012
Umur persaraan minimum pekerja adalah apabila pekerja mencapai usia enam puluh tahun. Jadual dalam Akta mengecualikan orang tertentu yang tidak tertakluk pada Akta Umur Persaraan Minimum 2012.

Sumber: Kementerian Sumber Manusia – www.mohr.gov.my

Baca Lagi…

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp

Hubungi Wakil Kami

Kehadiran global kami bermaksud kami sentiasa bersedia untuk membantu. Hubungi kami dan melabur di Malaysia hari ini.
wpChatIcon