This site
is mobile
responsive


Kadar Upah

Kadar Upah

Gaji dan faedah tambahan pekerja bergantung kepada industri, lokasi dan saiz pekerjaan. Jenis cuti yang biasa diberikan oleh syarikat termasuk cuti tahunan, cuti umum, cuti sakit, cuti masuk hospital, cuti bersalin dan cuti ihsan. Di sesetengah syarikat, faedah tambahan merangkumi penyediaan pakaian seragam, pengangkutan, pembayaran insentif, elaun syif dan perlindungan insurans. Pembayaran bonus juga diberikan oleh sesetengah syarikat berdasarkan prestasi syarikat dan prestasi individu.

Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018 [P.U. (A) 305/2018] berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019. Dengan pindaan ini, semua majikan di sektor swasta tanpa mengira jumlah pekerja di bawah pekerjaan mereka harus mematuhi kadar gaji minimum baharu.

Kadar gaji minimum yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019 adalah seperti berikut: –

Kadar Upah Minimum

Bulanan

Harian

RM1,100

Bilangan Hari Bekerja

Per Jam

6

RM42.31

RM5.29

5

RM50.77

4

RM63.46

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai gaji dan faedah tambahan dalam sektor perkilangan, sila layari Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) di www.mef.org.my.

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp

Hubungi Wakil Kami

Kehadiran global kami bermaksud kami sentiasa bersedia untuk membantu. Hubungi kami dan melabur di Malaysia hari ini.
wpChatIcon
X