B. MelayuEnglish日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


BASF PETRONAS Chemicals

BASF PETRONAS Chemicals

Sejak ditubuhkan pada tahun 1997, BASF PETRONAS Chemicals Sdn Bhd telah mencapai pelbagai kejayaan sepanjang tempoh ini. Dengan jumlah pelaburan sebanyak RM3.4 bilion, syarikat ini menganggap Malaysia sebagai lokasi penting dan strategik untuk meningkatkan pelaburan perniagaan di rantau Asia.

Melalui usaha sama 60:40 antara BASF Aktiengesellschaft daripada Jerman dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Malaysia, syarikat ini mengendalikan Tapak Kimia Bersepadu yang terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang dengan pejabat korporatnya yang berada di Subang Jaya, Selangor. Lokasi di Gebeng menawarkan akses kepada bahan mentah yang merupakan derivatif daripada tapak gas PETRONAS di Laut China Selatan. Sebagai syarikat berorientasikan eksport, BASF PETRONAS Chemicals menikmati akses yang mudah melalui Pelabuhan Kuantan, di mana 80% produknya dieksport ke pelanggan di rantau Asia Pasifik. Tapak Kimia Bersepadu yang berkeluasan 150 hektar yang termasuk ladang tangki pelabuhan kini terdiri daripada 12 kilang yang dibina dalam 3 kompleks berikut:

Kompleks Akrilik yang telah beroperasi sejak tahun 2000; – Kompleks Oxo / Syngas yang telah beroperasi sejak tahun 2001; dan- Kompleks Butanediol yang telah operasi sejak akhir tahun 2003.


Ketiga-tiga kilang ini, dengan kapasiti pengeluaran keseluruhan berjumlah 1 juta tan setahun, adalah salah satu tapak kimia bersepadu terbesar di rantau ini yang menghasilkan asid akrilik / ester, okso-alkohol, syngas, bahan memplastik dan produk butanediol. Ini adalah bahan mentah untuk industri lain seperti plastik, pelekat, lakuer, pewarna, pelapis automobil / industri, kertas, lampin, bahan kimia rawatan air, tekstil, kulit dan bahan kimia lain.


Pelaburan BASF PETRONAS Chemicals merupakan sebuah komitmen jangka panjang untuk negara ini, yang menjadi pemangkin untuk mendorong pertumbuhan di kawasan Gebeng, disertai dengan infrastruktur sokongan seperti jalan raya penghubung dan utiliti untuk pembangunan masa depan. Malaysia menawarkan persekitaran dan infrastruktur perniagaan yang sangat baik, struktur kos yang kompetitif dan tenaga kerja yang memiliki kemahiran berbahasa dan kepakaran perniagaan. Faktor utama lain adalah sokongan dan kerjasama yang sangat baik daripada kerajaan persekutuan dan negeri, serta pihak berkuasa tempatan.

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon