B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Dasar Ekuiti

Dasar Ekuiti

Sektor Perkilangan

Malaysia sentiasa mengalu-alukan pelaburan dalam sektor perkilangannya. Didorong oleh hasrat untuk meningkatkan penyertaan tempatan dalam aktiviti ini, kerajaan menggalakkan usahasama antara pelabur domestik dan pelabur asing.

Dasar Ekuiti untuk Projek Baharu, Pembesaran dan Pelbagaian

Sejak Jun 2003, pelabur asing dibenarkan memegang 100% ekuiti dalam semua pelaburan dalam projek baharu, serta pelaburan dalam projek pembesaran / pelbagaian oleh syarikat yang sedia ada, tanpa mengira tahap eksport dan tanpa mengecualikan produk atau aktiviti apa pun.

Dasar ekuiti juga terpakai untuk:

i.   Syarikat yang sebelum ini dikecualikan daripada mendapatkan lesen perkilangan tetapi dana pemegang sahamnya kini telah mencecah nilai RM2.5 juta atau telah menggaji 75 orang atau lebih pekerja sepenuh masa dan dengan itu dikehendaki untuk dilesenkan.

ii.  Syarikat berlesen sedia ada yang sebelum ini dikecualikan daripada mematuhi syarat ekuiti, tetapi kini diminta untuk mematuhi kerana dana pemegang saham mereka telah mencapai nilai RM2.5 juta.

Dasar Ekuiti Terpakai untuk Syarikat yang Sedia Ada

Syarat ekuiti dan eksport yang dikenakan ke atas syarikat sebelum 17 Jun 2003 akan dikekalkan.

Walau bagaimanapun, syarikat boleh memohon agar syarat ini dihapuskan dan persetujuan akan diberikan berdasarkan merit setiap kes.

Baca Lagi…


Sektor Perkhidmatan

Di Malaysia, syarikat ditadbir oleh Akta Syarikat 2016. Akta ini tidak menetapkan syarat ekuiti bagi syarikat yang diperbadankan di Malaysia. Namun, untuk meningkatkan penyertaan warga tempatan dalam perniagaan, kerajaan menggalakkan usahasama / perkongsian antara pelabur domestik dan pelabur asing.

Syarat ekuiti tertentu mungkin dikenakan bagi suatu kelulusan, lesen operasi, permit atau pendaftaran khusus oleh Kementerian / Agensi yang mengawal selia, bergantung pada kegiatan yang dijalankan.

Maklumat khusus mengenai dasar ekuiti pelbagai subsektor perkhidmatan yang digalakkan boleh didapati dari siri Buku Panduan Sektor Perkhidmatan.

Pemilikan Ekuiti

Bagi syarikat yang mana penyertaan ekuitinya telah diluluskan, tidak diperlukan untuk mengatur semula ekuiti selagi mana syarikat itu terus mematuhi syarat-syarat asal kelulusan dan mengekalkan ciri-ciri asal projek tersebut.

Perlindungan Pelaburan Asing

Komitmen Malaysia dalam mewujudkan persekitaran pelaburan yang selamat telah menarik lebih daripada 8,000 syarikat antarabangsa daripada lebih 40 negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pangkalan luar pesisir.

Baca Lagi…

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp

Hubungi Wakil Kami

Kehadiran global kami bermaksud kami sentiasa bersedia untuk membantu. Hubungi kami dan melabur di Malaysia hari ini.
wpChatIcon