B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Lain-lain Perkhidmatan – Utiliti

Utiliti

Subsektor utiliti merangkumi perkhidmatan utiliti tenaga dan air. Perkhidmatan tenaga merangkumi penjanaan, penghantaran, dan pengedaran elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat SESCO Bhd. (SESCO) dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) Perkhidmatan utiliti air disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

 

Pada tahun 2021, subsektor ini mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM9.6 bilion, semuanya daripada sumber domestik. Walaupun kelulusan menurun sebanyak 10.7 peratus, subsektor ini muncul sebagai penyumbang keempat terbesar untuk pelaburan diluluskan dalam sektor perkhidmatan.

 

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk memastikan kelangsungan jangka panjang sektor tenaga dan air melalui pelaburan berterusan dalam merintis penggunaan infrastruktur dan teknologi. Tadbir urus yang baik ialah faktor penentu dalam memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui dan teknologi penyimpanan tenaga.

 

Kerajaan telah menggariskan sasaran dalam Pelan Induk Teknologi Hijau (2017-2030) untuk pembangunan teknologi hijau bagi mewujudkan negara yang rendah karbon dan menggunakan sumber secara efisien. Subsektor utiliti dijangka berkembang sebanyak 6.7 peratus pada tahun 2022 berikutan penggunaan elektrik yang lebih tinggi oleh segmen industri dan komersial.

Sasaran Dalam Sektor Tenaga

Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (RE)

202020252030

20%

Campuran RE (kapasiti terpasang)

23%

Campuran RE (kapasiti terpasang)

30%

Campuran RE (kapasiti terpasang)

Kecekapan Tenaga

20252030

10%

Pengurangan penggunaan elektrik

15%

Pengurangan penggunaan elektrik

Sumber: Pelan Hala Tuju Teknologi Hijau (2017-2030)

Sasaran Dalam Sektor Air

Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu

20252030

10%

(Kadar pengambilan air tawar)

15%

(Kadar pengambilan air tawar)

Teknologi Rawatan dan Pengedaran Air

20252030

25%

Air Bukan Hasil

20%

Air Bukan Hasil

Teknologi Penuaian Air

60%

bandar-bandar di Malaysia akan dilengkapkan
dengan Sistem Penuaian Air Hujan

Rawatan Air Kumbahan

2030

100%

enapcemar untuk dikitar semula

33%

efluen dirawat untuk dikitar semula

Sumber: Pelan Induk Teknologi Hijau Negara (2017-2030)

Memulakan Perniagaan

MIDA memberikan sokongan yang menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber kami, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi anda di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai dasar, insentif dan kemudahan untuk subsektor utiliti
Terokai maklumat lebih lanjut di laman web Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
Terokai maklumat lebih lanjut di laman web Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
wpChatIcon