Lain-lain Perkhidmatan - Utiliti - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
MalayEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Lain-lain Perkhidmatan – Utiliti

Utiliti

Sektor utiliti merangkumi perkhidmatan utiliti tenaga dan air. Perkhidmatan tenaga merangkumi penjanaan kuasa, penghantaran dan pengagihan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sarawak Energy and Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB). Perkhidmatan utiliti air disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

 

Dalam menuju ke arah pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, TNB komited untuk mencapai sasaran penjanaan tenaga boleh diperbaharui (RE) 8,300 megawatt pada 2025, diikuti pengurangan 35 peratus dalam intensiti pelepasan karbon dan 50 peratus kapasiti penjanaan arang batunya menjelang 2035.

 

Selain itu, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyasarkan untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan sanitasi di kawasan luar bandar pada penghujung tahun 2025. Ini adalah selaras dengan objektif utama Malaysia iaitu MADANI untuk meningkatkan kebajikan rakyat di samping menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 6) bagi memastikan akses kepada air yang mampan dan sanitasi. Sehingga 2023, liputan akses bekalan air bandar dan luar bandar adalah pada 97.1 peratus setiap satu, manakala perkhidmatan sanitasi meliputi 84.4 peratus di bandar utama.

 

25

Projek Diluluskan 2024

RM11.07 bil

Jumlah Pelaburan Diluluskan 2024

Sasaran Dalam Sektor Tenaga

Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (RE)

202020252030

20%

Campuran RE (kapasiti terpasang)

23%

Campuran RE (kapasiti terpasang)

30%

Campuran RE (kapasiti terpasang)

Kecekapan Tenaga

20252030

10%

Pengurangan penggunaan elektrik

15%

Pengurangan penggunaan elektrik

Sumber: Pelan Hala Tuju Teknologi Hijau (2017-2030)

Sasaran Dalam Sektor Air

Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu

20252030

10%

(Kadar pengambilan air tawar)

15%

(Kadar pengambilan air tawar)

Teknologi Rawatan dan Pengedaran Air

20252030

25%

Air Bukan Hasil

20%

Air Bukan Hasil

Teknologi Penuaian Air

60%

bandar-bandar di Malaysia akan dilengkapkan
dengan Sistem Penuaian Air Hujan

Rawatan Air Kumbahan

2030

100%

enapcemar untuk dikitar semula

33%

efluen dirawat untuk dikitar semula

Sumber: Pelan Induk Teknologi Hijau Negara (2017-2030)

Memulakan Perniagaan

MIDA memberikan sokongan yang menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber kami, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi anda di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai dasar, insentif dan kemudahan untuk subsektor utiliti
Terokai maklumat lebih lanjut di laman web Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
Terokai maklumat lebih lanjut di laman web Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
wpChatIcon