B. MelayuEnglish日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Solarvest Holdings Berhad

Solarvest Holdings Berhad

Solarvest Holdings Berhad – Mengubah cahaya matahari kepada pelaburan.

Solarvest ditubuhkan pada tahun 2012 dengan misi untuk mengubah cara tenaga digunakan dan untuk mewujudkan dunia di mana tenaga bersih mudah diakses oleh orang ramai. Syarikat ini adalah antara kumpulan penyedia pemasangan tenaga solar yang terhubung ke grid pertama yang memperoleh sijil daripada SEDA (Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari), ISPQ (Institut Kualiti Tenaga Lestari) dan GCPV (Fotovoltaik Solar Terhubung ke Grid) di Malaysia.

Sejak itu, syarikat ini telah mempromosikan penggunaan tenaga suria dan telah berkembang menjadi penyedia perkhidmatan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (“EPCC”)  solar terkemuka. Ia mempuyai rekod pencapaian projek PV Solar Berskala Besar serta projek kediaman, komersial dan industri. Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan (O&M) bagi sistem PV solar. Selain itu, Solarvest memiliki loji PV solar 1MWp yang terletak di Pokok Sena, Kedah.

Solarvest telah mencipta peluang pekerjaan baru dan menghasilkan kepakaran baru dalam industri tenaga solar melalui operasinya di Petaling Jaya (ibu pejabat), Alor Setar, Pulau Pinang, dan Johor Bahru.

Pertumbuhan Solarvest setakat ini disebabkan oleh dasar tenaga diperbaharui yang menggalakkan oleh Kerajaan, infrastruktur yang kukuh, dan penekanan yang semakin meningkat untuk mengurangkan jejak karbon dalam kalangan sektor awam dan swasta. Selain itu, pengenalan insentif Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE) oleh MIDA telah mendorong pelaburan solar di Malaysia.

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon