B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Nestle Malaysia

Nestle Malaysia

Sejak tahun 1912, Nestlé telah membekalkan nutrien kepada rakyat Malaysia melalui jenama dan produk berkualiti kami, sambil mengekalkan keunggulan dan integriti Halal kami.

Komitmen kami untuk menyediakan produk berkualiti kepada rakyat Malaysia bermula lebih daripada 100 tahun yang lalu. Nestlé bermula di Malaysia pada tahun 1912 sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company di Pulau Pinang dan kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1939 susulan pertumbuhan dan pengembangan perniagaan.

Setelah kemerdekaan negara pada tahun 1957, terdapat keperluan untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan lebih banyak pilihan produk. Susulan itu, pada pertengahan tahun 1960-an, kami memulakan Bahagian Produk Kulinari kami bagi menghasilkan penyelesaian masakan yang menarik di bawah tanda dagangan MAGGI yang sangat disukai. Ini membawa kepada penubuhan kemudahan pembuatan pertama kami di Malaysia

Hari ini, Nestlé Malaysia mengendalikan 6 kilang dan menggaji lebih daripada 4,600 pekerja di seluruh negara, menghasilkan lebih daripada 500 produk yang disahkan Halal.

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon