B. MelayuEnglish日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


General Electric Aircraft Engine

General Electric Aircraft Engine

Pada tahun 1997, General Electric Aircraft Engines (GEAE) memulakan usaha sama yang berjaya di Malaysia dengan mengadakan kerjasama strategik dengan syarikat penerbangan di sini. Kami telah berjaya memanfaatkan kemampuan tenaga kerja mahir kami dan sokongan teknologi daripada pelbagai negara untuk menjadikan pusat baik pulih enjin pesawat di sini sebagai antara yang paling kompetitif di dunia. Infrastruktur pengangkutan dan komunikasi yang baik di Malaysia membolehkan kami menjalankan perniagaan dengan mudah dan memberikan perkhidmatan tepat pada masanya kepada semua pelanggan kami.

Dalam mengendalikan perniagaan, kami mendapati tenaga kerja kami sangat bersedia untuk mempertingkatkan kebolehan mereka dan mereka sentiasa terbuka ukepada idea-idea baru. Selain sikap ini, tahap pendidikan, pengalaman dan latihan yang tinggi juga dimiliki oleh tenaga kerja kami.

Kami juga berbangga bahawa pasukan kepimpinan kami terdiri daripada semua rakyat Malaysia dengan kemahiran pengurusan yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan unik yang sangat terkawal ini.

GEAE sangat gembira dengan prestasi dan kemajuan yang dicapai oleh perniagaan bertaraf dunia yang ditubuhkannya di Malaysia.

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon