B. MelayuEnglish日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Elektrisola

Elektrisola

Lebih daripada 10 tahun yang lalu, Kumpulan Elektrisola, pengeluar kawat magnet tembaga halus dan terhalus terbesar di dunia, mula mencari tapak untuk kilang pembuatan pertamanya di Asia. Setelah melakukan perbandingan terperinci ke atas beberapa lokasi di Asia Tenggara dan Timur, kami mengenal pasti Malaysia sebagai lokasi sebuah geografi dan strategik terbaik, dan pada tahun 1990, kami membuat keputusan untuk mendirikan kilang pengeluaran berteknologi tinggi automatik berhampiran Kuala Lumpur.

Berdasarkan pengalaman kami, faktor utama yang mendorong kami untuk memihak kepada Malaysia pada masa itu bukan sahaja melebihi jangkaan pada ketika itu tetapi kami dapati ianya terus meningkat sehingga hari ini. Prasarana am yang baik dan tenaga kerja berbahasa Inggeris yang produktif dan terlatih adalah faktor yang paling penting bagi kami. Di samping itu, kerajaan Malaysia, sama ada di peringkat persekutuan dan juga negeri, terbukti amat menitikberatkan perniagaan dan serius untuk menarik pelaburan langsung asing. Gabungan faktor-faktor ini telah menyumbang kepada pertumbuhan pesat syarikat kami di Asia.

Hari ini, Elektrisola Malaysia menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dalam industri automotif dan elektronik di 25 negara. Pelaburan berterusan kami di Malaysia dan hakikat bahawa operasi Malaysia kami adalah antara syarikat yang paling kompetitif dalam Kumpulan Elektrisola, mengukuhkan keyakinan kami terhadap Malaysia sebagai lokasi yang sangat baik untuk pelaburan langsung di Asia.

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon