B. MelayuEnglish日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Dyson

Dyson

Pada tahun 1978, James Dyson, yang tidak gembira dengan alat pembersih vakum yang paling berkualiti di pasaran pada masa kerana sering tersumbat dengan debu dan kehilangan penyedut, telah mengambil keputusan untuk mula mengembangkan pembersih vakumnya sendiri. Setelah lima tahun dan setelah menghasilkan 5,127 prototaip, Dyson akhirnya menyempurnakan teknologi multi-siklon. Reka bentuk yang dipatenkan menggunakan daya sentrifugal untuk memisahkan kotoran, debu dan serpihan daripada udara tanpa mengurangkan kuasa sedutan dan tanpa beg. Ditolak oleh banyak syarikat terkenal, bank dan pemodal teroka, Dyson akhirnya berjaya melesenkan teknologinya di Jepun yang merupakan pusat elektronik pengguna,. Selepas itu, Dyson mereka dan memantau pembuatan G-Force, yang dilancarkan pada tahun 1986.

Pendapatan daripada royalti G-Force membolehkan Dyson dan pasukan kecilnya untuk terus mengembangkan teknologi siklonnya, dengan beroperasi daripada sebuah bengkel kebun. Pada bulan Mei 1993, Dyson mula mengeluarkan pembersih vakum dengan namanya sendiri, bermula dengan Dyson DCO1. Walaupun terdapat beberapa kekurangan, DCO1 muncul sebagai pembersih vakum terlaris di UK dalam jangka masa lapan belas bulan.

Sejak prototaip 0001, James Dyson, yang kini bekerja dengan 350 jurutera yang mempunyai visi yang sama, terus mempersoalkan semuanya; mencari pendekatan yang lebih baik dan berbeza untuk peralatan pengguna harian.

Sean Robinson, RDD dan Pengarah Operasi Dyson mengatakan, “Kami memilih Malaysia untuk aktiviti pemasangan mesin kami kerana kedudukan globalnya sebagai negara yang unggul dalam pembuatan. Jurutera penyelidikan dan pembangunan kami mempunyai hubungan rapat dengan rakan mereka di Malaysia dan sebaliknya. Dyson kini menghasilkan berjuta-juta pembersih vakum setiap tahun menggunakan teknologi dan proses pembuatan terkini. ”

Pengujian yang teliti adalah asas bagi Dyson. Jurutera ujian di UK dan Malaysia melakukan ujian selama 30,000 jam setiap bulan dan baru-baru ini kemudahan pengujian baru telah dibuka di Johor Bahru. Lebih 150 rig ujian mekanikal yang berbeza digunakan oleh juruteknik ujian untuk meniru dan memahami cabaran penggunaan pembersih vakum di rumah.

DC15 The BallTM adalah pembersih vakum terbaru Dyson dan menandakan langkah terbesarnya ke hadapan sejak DCO1. Pemegang pembersih vakum tradisional adalah kaku, membebankan dan memenatkan untuk digunakan. Dengan The BallTM, jurutera Dyson meletakkan badan mesin ke atas bola untuk menempatkan motor – iaitu sebagai pusat graviti. Ini membolehkan pengendalian mesin yang lebih baik; pembersihan lebih berkesan keran ia bergerak secara melintang atau zig-zag di sekitar perabot. DC15 mengambil masa tiga tahun untuk dibangunkan dan syarikat telah memfailkan 182 paten untuk model ini, namun masih belum diluluskan.

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon