B. MelayuEnglish日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Dutch Lady

Dutch Lady

Kehadiran syarikat ini di Malaysia bermula selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1963, syarikat induknya di Belanda, Royal Friesland Foods NV (RFF), yang mempunyai keyakinan terhadap negara-negara baru telah membina kilang pertama di kawasan seluas 10 ekar di Petaling Jaya dan DLMI terus menjadi syarikat tenusu pertama yang disenaraikan di Bursa Saham tempatan pada tahun 1968.

Syarikat ini terus berkembang sejak itu. RFF, melalui formulasi proprietari yang berharga, pengetahuan dan penyelidikan teknikal yang unggul, telah membantu syarikat untuk menghasilkan pelbagai produk tenusu berkualiti dan minuman berasaskan buah-buahan untuk pengguna Malaysia dan pasaran eksport. Pada masa ini, produk tenusu dan minuman berasaskan buah-buahan mempunyai ramai pelanggan yang tersendiri dan diwakili oleh jenama seperti Dutch Lady, Frisian Flag, Frisolac, Completa, Calcimex dan Joy.

“Kerajaan Malaysia yang stabil, infrastruktur yang baik, tenaga kerja mahir dan dasar mesra cukai adalah tarikan utama” kata Pengarah Urusan, Cees Ruygrok. “Pada tahun 2005, RFF membangukan Pusat Kompetensi Serantau SAP di Cyberjaya, yang merupakan pusat Koridor Multimedia. Pusat ini memberikan sokongan teknikal, pembangunan dan projek kepada lima negara di rantau Asia Pasifik. ”

Dutch Lady menyumbang ke arah keterhubungan dalam ekonomi Malaysia. Syarikat ini merupakan pembeli susu segar tempatan terbesar daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan menggunakan sejumlah besar bahan tempatan seperti minyak sawit dan gula dalam produknya.

Selama beberapa dekad, Dutch Lady telah menyediakan bekalan produk tenusu berkualiti kepada negara. Hari ini, Dutch Lady merupakan antara tiga pengeluar tenusu teratas dan merupakan salah satu nama yang paling dipercayai dalam produk tenusu di Malaysia. Sila lawati laman web Dutch Lady di www.dutchlady.com.my

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon