B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Perbankan, Kewangan dan Pentadbiran Pertukaran Asing

Perbankan, Kewangan dan Pentadbiran Pertukaran Asing

Sistem kewangan Malaysia terdiri daripada pelbagai institusi untuk memenuhi keperluan ekonomi domestik yang semakin pelbagai dan kompleks. Sistem kewangan terdiri daripada sistem kewangan konvensional dan sistem kewangan Islam yang wujud bersama dan beroperasi secara selari.

Sistem perbankan yang terdiri daripada bank komersial, bank pelaburan dan bank Islam adalah penggerak dana dan sumber pembiayaan utama yang menyokong kegiatan ekonomi di Malaysia.

Industri Kewangan Islam
Kewangan Islam di Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan yang pesat, disokong oleh kerangka peraturan, perundangan dan tadbir urus syariah yang komprehensif, pemain industri dan penyedia perkhidmatan sampingan profesional yang pelbagai serta bakat yang berkualiti tinggi.

Institusi Kewangan Pembangunan
Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) di Malaysia adalah institusi kewangan khusus yang ditubuhkan oleh Kerajaan dengan mandat khas untuk membangun dan mempromosikan sektor utama yang dianggap penting bagi tujuan pembangunan sosio-ekonomi negara secara keseluruhan. Sektor-sektor strategik ini meliputi sektor pertanian, PKS, infrastruktur, maritim dan yang berorientasikan eksport, serta industri berintensifkan modal dan teknologi tinggi.

Pembiayaan Semula Kredit Eksport-i
Pembiayaan Semula Kredit Eksport-i (ECR-i) memberikan pembiayaan Pra dan Pasca penghantaran jangka pendek kepada pengeksport langsung atau tidak langsung. Ia disediakan untuk pengilang atau syarikat perdagangan yang diperbadankan di Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti eksport dan perdagangan antarabangsa. Syarikat yang mempunyai talian kredit ECR-i yang diwujudkan dengan institusi kewangan yang mengambil bahagian (ECR-i Bank) layak untuk ECR-i pra-penghantaran; dan ECR-i pasca-penghantaran.

Baca Lagi…

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp

Hubungi Wakil Kami

Kehadiran global kami bermaksud kami sentiasa bersedia untuk membantu. Hubungi kami dan melabur di Malaysia hari ini.
wpChatIcon