B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pengambilan Pekerja Asing

Pengambilan Pekerja Asing

Di Malaysia, pekerja asing boleh diambil kerja dalam sektor perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian, perkhidmatan dan sektor bantuan domestik.

Sektor perkhidmatan terdiri daripada sebelas subsektor: (restoran, perkhidmatan pembersihan, pengendalian kargo, kedai dobi layan diri, kedi di kelab golf, kedai gunting rambut, pemborong/peruncit, tekstil, logam / sekerap / aktiviti kitar semula, rumah kebajikan dan hotel / pulau peranginan.

Hanya warganegara dari negara-negara tertentu di bawah dibenarkan untuk bekerja dalam sektor-sektor terpilih:

Sektor yang DiluluskanWarganegara
Sektor Perkilangan, Perladangan, Pertanian, Pembinaan, PerkhidmatanIndonesia, Cambodia, Nepal, Myanmar, Laos, Vietnam, Philippines (male only), Pakistan, Sri Lanka, Thailand, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan
Perkhidmatan
(tukang masak, pemborong/peruncit, kedai gunting rambut, logam/sekerap/kitar semula, tekstil)
Pembinaan
(pemasangan kabel voltan tinggi sahaja) Pertanian
Perladangan
India

Kelulusan adalah berdasarkan merit setiap kes dan tertakluk pada syarat-syarat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa. Permohonan untuk menggaji pekerja asing hanya akan dipertimbangkan apabila usaha untuk mencari warganegara tempatan dan pemastautin tetap yang berkelayakan telah gagal.

Levi tahunan ke atas pekerja asing dikenakan seperti berikut:

Sektor yang DiluluskanLevi Tahunan (Semenanjung)
RM
Levi Tahunan (Sabah/Sarawak)
RM
Perkilangan1,8501,010
Pembinaan1,8501,010
Perladangan640590
Pertanian640410
Perkhidmatan1,8501,490
Perkhidmatan (Pulau peranginan)1,8501,010

Semua permohonan bagi pekerja asing hendaklah diserahkan kepada Pusat Sehentian, Kementerian Dalam Negeri, kecuali permohonan bagi pembantu rumah asing yang hendaklah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan pekerja asing, sila lawati laman web Kementerian Dalam Negeri melalui pautan www.moha.gov.my

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp

Hubungi Wakil Kami

Kehadiran global kami bermaksud kami sentiasa bersedia untuk membantu. Hubungi kami dan melabur di Malaysia hari ini.
wpChatIcon