B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Memasuki Malaysia

Memasuki Malaysia

SYARAT KEMASUKAN KE MALAYSIA

Pasport atau Dokumen Perjalanan

Semua individu yang memasuki sempadan Malaysia mesti memiliki pasport atau Dokumen Perjalanan lain yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang sah untuk melancong ke Malaysia. Dokumen-dokumen ini mestilah masih sah sekurang-kurangnya enam bulan daripada tarikh kemasukan ke Malaysia.

Mereka yang mempunyai pasport yang tidak diiktiraf oleh Malaysia mesti memohon dokumen gentian dan juga visa yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. Permohonan visa boleh dibuat di Pejabat Perwakilan Malaysia terdekat di negara masing-masing.

Di negara-negara di mana Pejabat Perwakilan Malaysia belum ditubuhkan, permohonan boleh diajukan kepada Suruhanjaya Tinggi atau Kedutaan.

Keperluan Visa

Visa adalah suatu sokongan dalam pasport atau dokumen perjalanan lain bagi warga asing yang diiktiraf untuk menunjukkan bahawa pemegangnya telah memohon kebenaran untuk memasuki Malaysia dan kebenaran itu telah diberikan.

Warganegara asing yang memerlukan visa untuk memasuki Malaysia mesti memohon dan mendapatkan visa terlebih dahulu di mana-mana Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara sebelum memasuki negara ini.

Baca Lagi…

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp

Hubungi Wakil Kami

Kehadiran global kami bermaksud kami sentiasa bersedia untuk membantu. Hubungi kami dan melabur di Malaysia hari ini.
wpChatIcon