B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kelulusan dan Pelesenan

Kelulusan dan Pelesenan

Akta Penyelarasan Perindustrian 1975

Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (ICA) diperkenalkan dengan tujuan untuk mengekalkan perkembangan dan pertumbuhan yang teratur dalam sektor perkilangan negara.

Akta ini menghendaki syarikat perkilangan dengan dana pemegang saham berjumlah RM2.5 juta dan ke atas atau yang menggaji 75 orang atau lebih pekerja sepenuh masa untuk memohon lesen perkilangan bagi mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Permohonan untuk mendapatkan lesen perkilangan perlu dibuat  kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sebuah agensi di bawah MITI yang bertanggung jawab bagi penggalakan dan penyelarasan pembangunan industri di Malaysia.

Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (ICA) mentakrifkan:

“Kegiatan perkilangan” sebagai membuat, mengubah, mengadun, menghiasi, memperkemas atau dengan cara lain merawat atau menyesuaikan apa-apa barang atau bahan memandangkan penggunaan, penjualan, pengangkutan, penyerahan atau pelupusannya dan termasuklah memasang bahagian dan membaiki kapal tetapi tidak termasuk apa-apa aktiviti yang biasanya berkaitan dengan perdagangan jualan runcit atau jualan borong.

“Dana pemegang saham” sebagai jumlah agregat modal berbayar, rizab, dan baki akaun perolehan untung dan rugi syarikat, di mana:

  • Modal berbayar adalah berkenaan dengan saham keutamaan dan saham biasa dan tidak termasuk jumlah yang berkenaan dengan saham bonus sejauh mana ia dikeluarkan daripada rizab modal yang dibuat oleh penilaian semula aset tetap.
  • Rizab adalah rizab selain daripada rizab modal yang dibuat dengan penilaian semula aset tetap dan peruntukan untuk susut nilai, pembaharuan atau penggantian dan pengurangan nilai aset.

“Pekerja sepenuh masa bergaji” sebagai semua orang yang lazimnya bekerja di tempat itu sekurang-kurangnya enam jam sehari dan sekurang-kurangnya 20 hari dalam sebulan selama 12 bulan sepanjang tahun dan yang menerima gaji.

Garis Panduan untuk Kelulusan Projek Industri

Garis panduan kerajaan untuk meluluskan projek industri di Malaysia adalah berdasarkan kriteria yang berikut:

  • Projek mestilah mempunyai Pelaburan Modal Setiap Pekerja (CIPE) sekurang-kurangnya sebanyak RM140,000.00; dan
  • Jumlah tenaga kerja sepenuh masa syarikat mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya 80% rakyat Malaysia. Pengambilan pekerja asing termasuk pekerja yang disumberkan daripada luar adalah tertakluk kepada dasar semasa; dan
  • Bilangan peringkat pengurusan, teknikal dan penyeliaan (MTS) adalah sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah pekerjaan atau mempunyai nilai tambah (VA) sekurang-kurangnya 40%.
TwitterLinkedInFacebookWhatsApp

Hubungi Wakil Kami

Kehadiran global kami bermaksud kami sentiasa bersedia untuk membantu. Hubungi kami dan melabur di Malaysia hari ini.
wpChatIcon