B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


UMW Toyota Motor tambah pelaburan RM270 juta

UMW Toyota Motor tambah pelaburan RM270 juta

06 Jul 2021

UMW Toyota Motor akan melabur RM270 juta lagi di Malaysia untuk memperluaskan operasi dan kemudahan pengeluaran sedia adanya, termasuk pengenalan generasi kenderaan teknologi termaju bagi kenderaan hibrid elektrik (HEV).

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, berkata pelaburan baharu itu adalah tambahan kepada pelaburan terdahulu bernilai RM2 bilion yang digunakan untuk pembinaan kilang di Bukit Raja.

Dianggap sebagai sebuah kilang Toyota paling moden dan termaju serta cekap di Asia, kemudahan di Bukit Raja menjadi pendahulu selari dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga (EEV).

Beliau berkata, syarikat bersedia dengan pengenalan barisan kenderaan HEV dan teknologi berkaitan termasuk sokongan servis, prasarana semasa; dasar global dan domestik; tahap mampu milik dan keberkesanan kos; serta kesedaran serta permintaan pelanggan.

“Ini terutama di Malaysia, yang kini berada di tahap paling ideal untuk membolehkan kami meneruskan perjalanan baru yang menarik ke arah mencapai neutraliti karbon ini.

“HEV Toyota sedang berada di tahap paling maju ketika ini dan menonjol sebagai penyelesaian paling realistik, segera, ekonomikal serta praktikal bagi pengeluaran pasaran dan jualan massa dari segi pengurangan pembebasan karbon dioksida (CO2), kemudahan penggunaan dan penerimaan harga oleh pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Takeyama berkata, arah tuju global Toyota adalah untuk mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050, yang juga

selari dengan aspirasi kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara progresif yang mempromosi lebih banyak teknologi hijau dan alam sekitar yang mapan.

Katanya, ini adalah waktu yang menarik bagi industri automotif Malaysia dan UMW Toyota Motor bersedia untuk menjadi pelopor kepada impian ini.

“Untuk mencapainya dengan penyelesaian paling

realistik, praktikal dan segera adalah melalui teknologi dan kenderaan hibrid elektrik Toyota.

“Pengeluaran massa dan penerimaan yang semakin berkembang terhadap kenderaan hibrid elektrik akan membawa kepada perubahan ekosistem keseluruhan automotif bagi memupuk kesedaran bersama dan bergerak ke arah mengurangkan jejak karbon di Malaysia,” katanya.

Toyota adalah pelopor utama teknologi kenderaan hibrid elektrik dan telah memajukan lagi teknologi berkenaan dalam tempoh 20 tahun terakhir ini.

Setakat hari ini, Toyota telah menjual sebanyak 17 juta HEV; kenderaan hibrid elektrik plug in (PHEV); kenderaan bateri elektrik (BEV) serta kenderaan elektrik fuel cell hidrogen (FCEV) di seluruh dunia.

Sumbangan terkumpul Toyota untuk pengurangan CO2 adalah bersamaan dengan 17 juta kenderaan yang membawa kepada pengurangan 140 juta CO2 atau sekitar 1.5 juta kenderaan penumpang konvensional setahun bagi tempoh 20 tahun.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon