MalayEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Tenaga Kerja Berkemahiran Yang Dinamik

Tenaga Kerja Berkemahiran Yang Dinamik

Malaysia mempunyai kumpulan bakat yang terlatih, berpendidikan tinggi, boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dan tenaga kerja yang berkebolehan menjadi asas pertumbuhan ekonomi kita. Malaysia mempunyai 20 institusi pengajian tinggi awam dan lebih 50 institusi pengajian tinggi swasta, di samping lebih daripada 1,400 kolej pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang telah ditubuhkan di bawah kementerian yang berbeza untuk menyokong pertumbuhan kumpulan bakat di Malaysia.

Sokongan berterusan kerajaan terhadap pembangunan sumber manusia dalam semua sektor, kualiti tenaga kerja Malaysia merupakan antara yang terbaik di rantau ini. Kebanyakan rakyat Malaysia mampu bertutur sekurang-kurangnya dua atau tiga bahasa. Tahap penguasaan bahasa Inggeris berada pada tahap yang baik, dan pelajar lepasan sekolah mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal apabila memasuki pasaran kerja perkerjaan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 menggalakkan kerjasama antara universiti dan industri. Ini membolehkan sektor industri memainkan peranan dalam perancangan kurikulum serta bekerjasama dalam pelbagai program seperti perantisan, latihan langsung, simulasi kehidupan sebenar dan program latihan majikan khusus.

Malaysia juga mempersiapkan generasi baru dengan kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan di masa hadapan. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015 (Pra sekolah hingga Pasca-Menengah) adalah halatuju untuk memperkukuhkan proses penyampaian STEM di mana pelajar didedahkan kepada pemprograman asas dan akan diperkenalkan kepada subjek robotik, kecerdasan buatan, dan sains komputer.

Malaysia Membuat Pelaburan Besar Bagi Bidang Pendidikan

53

Universiti Swasta

20

Universiti Awam

Lebih

1,400

Kolej TVET

Peningkatan standard pendidikan kekal sebagai keutamaan Malaysia. Ini termasuk memperbaik pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET), memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat (LLL) dan meningkatkan kecekapan pasaran tenaga untuk memenuhi permintaan industri, terutama sejak 4IR membawa pelbagai teknologi baharu yang memberikan kesan terhadap pendidikan serta latihan.

 

Untuk menghadapi realiti ini, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) menumpukan terhadap mengatur semula pasaran buruh untuk pertumbuhan yang inklusif dan mampan, meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia serta melahirkan pekerja yang bersedia untuk menghadapi masa hadapan.

Pendidikan Diutamakan

Malaysia adalah negara berpendapatan sederhana tinggi dengan sistem pendidikan yang maju. Pendidikan dan latihan diberi keutamaan dalam pembangunan nasional di bawah rancangan pembangunan lima tahun Malaysia. Kualiti tenaga kerja Malaysia adalah yang terbaik di rantau ini. Jumlah pendaftaran di institusi pengajian tinggi awam dianggarkan mencecah lebih daripada 500,000 dengan tumpuan yang semakin meningkat pada bidang sains dan teknikal.

Pendaftaran Di Universiti Awam Mengikut Bidang Pengajian

Sejumlah

54,362

Pendaftaran dalam bidang Seni dan Kemanusiaan

Sejumlah

197,889

Pendaftaran dalam bidang Sains Sosial, Perniagaan dan Undang-Undang

Sejumlah

129,353

Pendaftaran dalam bidang Kejuruteraan, Perkilangan dan Pembinaan

Sejumlah

91,453

Pendaftaran dalam bidang Sains, Matematik dan Komputer

(Sumber:‌ ‌Fakta‌ ‌Ringkas‌ ‌2021,‌ ‌Kementerian‌ ‌Pendidikan)‌ ‌

Sokongan Padu Sektor Swasta Terhadap Pendidikan

Sektor swasta juga telah menubuhkan institusi pendidikan untuk membantu usaha kerajaan dalam menghasilkan kumpulan profesional dan separa profesional yang lebih besar.

Pelbagai kolej swasta di Malaysia menawarkan program ijazah secara berkembar dengan institusi pengajian tinggi di luar negara manakala universiti luar negara seperti Universiti Heriot-Watt, Universiti Southampton Malaysia, Universiti Monash Malaysia, Nottingham Malaysia, Universiti Perubatan Newcastle Malaysia, Universiti Curtin di Sarawak, Universiti Reading Malaysia dan Universiti Xiamen Malaysia telah menubuhkan kampus cawangan di negara ini. Institusi pendidikan di Malaysia menghasilkan banyak kumpulan profesional dengan kelulusan ijazah dan pascasiswazah.

Kedudukan Universiti Di Peringkat Antarabangsa

Sumber:‌ ‌Kedudukan Universiti Asia Times Higher Education (THE) 2021

Kedudukan Universiti Asia di Times Higher Education (THE) 2021 menampilkan 15 institusi awam Malaysia. Universiti Malaya berjaya menduduki 50 institusi terbaik di rantau ini dalam empat tahun berturut-turut. Universiti lain termasuk Universiti Teknologi Petronas, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Utara Malaysia.

 

Usaha berterusan negara ini telah diiktiraf dalam Kedudukan Universiti Dunia untuk Asia QS yang menyaksikan Universiti Malaya (UM) bersama-sama dengan 24 buah institusi pendidikan tinggi Malaysia yang lain telah menunjukkan peningkatan. UM naik satu tangga kepada tempat kelapan di Asia dan universiti milik persendirian, Universiti UCSI telah menembusi kedudukan 100 terbaik, melonjak 28 anak tangga kepada kedudukan ke-77.

Pembangunan Latihan Industri

Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) diwujudkan untuk menggalakkan program latihan dalam sektor swasta. Syarikat dalam industri perkilangan dan perkhidmatan yang menyumbang kepada dana ini layak menggunakan geran tersebut untuk menanggung kos yang dikeluarkan untuk melatih tenaga kerja mereka. Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan di bawah Kementerian Sumber Manusia menyelaraskan perancangan dan pembangunan sistem yang komprehensif bagi program latihan vokasional dan industri bagi kesemua penyedia latihan. Ia juga membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Nasional (NOSS) secara berterusan. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 800 NOSS yang merangkumi kelayakan tahap sijil, diploma dan diploma lanjutan.

Sebagai contoh, Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) merupakan antara institusi TVET yang terkenal bagi mengatasi jurang pengetahuan mengenai teknologi baharu, kos peralatan yang tinggi dan menyediakan bakat secara konsisten. Pusat Kecemerlangan Kepersisan Pemesinan dan Industri 4.0 memberi pemahaman yang lebih baik mengenai mata pelajaran yang berkaitan dengan teknikal dan meneraju industri untuk menerapkan teknologi baharu dengan menyediakan platform yang tepat untuk pembelajaran, latihan dan pembangunan. PSDC juga bekerjasama dengan Institut Jerman-Malaysia (GMI) untuk menawarkan Latihan Dwi Vokasional Jerman (GDVT) yang menggabungkan 30% latihan teori dan 70% latihan praktikal di syarikat tuan rumah – memupuk tenaga kerja berkemahiran pelbagai dan boleh memenuhi industri.

Sementara itu, Universiti Malaysia Pahang (UMP) juga menjadi contoh institusi pengajian tinggi yang telah menyumbang kepada inisiatif TVET di negara ini. UMP telah memperoleh penghormatan skor 5-Bintang daripada QS Globe College Rankings (WUR) 2020 dan ia beriltizam untuk melahirkan bakat yang memenuhi keperluan industri masa hadapan.

 

 

Selain peningkatan jumlah institusi latihan awam seperti sekolah teknik, politeknik, institut latihan industri dan pusat pembangunan kemahiran untuk memenuhi keperluan sektor industri yang semakin meningkat, usaha kolaborasi antara kerajaan Malaysia, perusahaan dan kerajaan asing juga telah menghasilkan penubuhan beberapa institusi latihan kemahiran lanjutan seperti Institut Jerman-Malaysia, Institut Malaysia Perancis, Institut Teknikal Jepun Malaysia, Institut British Malaysia dan Institut Sepanyol Malaysia.

– Naib Canselor UMP Profesor Dr Wan Azhar Wan Yusoff (2019)

wpChatIcon