B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Persekitaran Mesra Perniagaan

Persekitaran Mesra Perniagaan

Anda boleh memulakan dan meningkatkan perniagaan anda dengan mudah dan lancar di Malaysia. Sektor kewangan dan perbankan Malaysia yang mantap, dasar mesra perniagaan, infrastruktur sedia ada dan sokongan kemudahan kerajaan memudahkan syarikat menubuhkan operasi di sini. Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2021 menempatkan daya saing global Malaysia di kedudukan ke-25 di kalangan 64 ekonomi, peningkatan dari kedudukan ke-27 pada tahun 2020.

Malaysia berada di kedudukan yang baik untuk berfungsi sebagai pusat perdagangan global. Infrastruktur pengangkutan udara kami adalah antara yang terbaik di dunia. Pelabuhan pesisir kami menyediakan akses maritim yang terus di Asia ke Singapura, China, begitu juga ke Eropah dan A.S. Kami juga menawarkan pilihan koridor perdagangan dan zon perindustrian yang selamat kepada para pelabur yang membantu memastikan rantaian bekalan dan operasi perniagaan secara berterusan.

Dasar pro-perniagaan, berhemah dan pragmatik diteruskan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat, terjamin dan berskala untuk kejayaan perniagaan jangka panjang di sini. Ini termasuk pemilikan ekuiti 100% dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan terpilih, insentif pelaburan yang kompetitif dan undang-undang perlindungan IP yang mematuhi piawaian antarabangsa.

Kedudukan Global Malaysia

Lihat bagaimana Malaysia menghadapi persaingan global.

Usaha kami dalam menarik pelaburan dan meningkatkan produktiviti dan inovasi melalui pembaharuan ekonomi dan peraturan telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia oleh pelbagai institusi antarabangsa.

 

Pertama

Negara Terbaik di Asia Tenggara yang Baharu Muncul untuk Pelaburan Asing

(Indeks Peluang Global, Bloomberg 2022)
Ke-4

Pasaran Baru Muncul Paling Berdaya Saing

(Indeks Logistik Pasaran Baharu Muncul yang Tangkas 2022)
Ke-2

Negara Paling Berdaya Saing di ASEAN

(Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2021, IMD)

Infrastruktur yang Progresif, Perhubungan yang Cemerlang

Taman Perindustrian
yang Dibangunkan
Telekomunikasi
Berteknologi Tinggi
Jaringan
Lebuh Raya
Pelabuhan
yang Cekap
Lapangan Terbang
Antarabangsa

Malaysia komited untuk terus membangun dan menaik taraf infrastrukturnya. Komitmen ini telah menghasilkan lebih daripada 500 taman perindustrian khusus, taman perindustrian khas dan zon perindustrian bebas dibina, teknologi telekomunikasi diperluas, jaringan lebuh raya diperkembang, pelabuhan yang cekap dan lapangan terbang antarabangsa yang diiktiraf.
 

500+

Malaysia mempunyai lebih daripada
500 kawasan perindustrian

18

Malaysia mempunyai 18
Zon Perindustrian Bebas (FIZS)

 

 

Malaysia mempunyai gabungan komponen infrastruktur bertaraf dunia untuk memudahkan pergerakan sumber manusia dan barangan di seluruh negara dengan cepat dan pada kadar berpatutan. Teknologi gentian optik kami, lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan laut serta lebuh raya yang diselenggara dengan baik menjadikan Malaysia sebagai titik akses yang ideal ke pasaran Asia Pasifik.

Taman perindustrian terus dikembangkan oleh kerajaan negeri dan juga pemaju swasta untuk memenuhi permintaan industri. Koridor ekonomi Malaysia melengkapkan usaha MIDA bagi menarik rakan strategik untuk melabur di wilayah masing-masing.

Syarikat di FIZ dibenarkan untuk mengimport bahan mentah, komponen, bahagian, mesin dan peralatan yang diperlukan secara langsung dalam proses perkilangan tanpa dikenakan cukai. Di kawasan di mana FIZ tidak tersedia, syarikat boleh memohon untuk menubuhkan Gudang Perkilangan Berlesen (LMW).

Taman khusus dibangunkan untuk memenuhi keperluan industri tertentu. Ini termasuk Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Kulim di negeri Kedah yang juga bertujuan untuk memenuhi industri berintensif teknologi dan aktiviti R&D.

Dasar Ekuiti yang Liberal

Dasar ekuiti yang liberal Malaysia memudahkan syarikat asing menubuhkan perniagaan mereka di sini untuk terus maju. Sejak Jun 2003, pelabur asing dibenarkan memegang 100% ekuiti dalam semua pelaburan dalam projek baharu dan pengembangan / projek diversifikasi dalam sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan terpilih. Subsektor perkhidmatan yang diliberalisasikan merangkumi bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial terpilih, perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan perniagaan serta komputer dan perkhidmatan berkaitan.

Perlindungan Hak Milik Intelektual (IP)

Undang-undang IP Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa

  • Anggota Organisasi Perlindungan Hakmilik Intelektual Dunia (WIPO)
  • Penandatangan Konvensyen Paris dan Konvensyen Berne
  • yang mentadbir hak IP
  • Penandatangan tentang Aspek Berkaitan Perdagangan Hak (TRIP 8) di bawah WTO

 

Malaysia telah menandatangani Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA) dengan lebih daripada 60 negara.

Perlindungan IP Malaysia Melindungi Inovasi

Syarikat-syarikat yang paling inovatif di dunia memilih Malaysia kerana perlindungan Hak Milik Intelektual (IP) kami bukan sekadar melindungi idea atau konsep mereka. Malah perlindungan itu turut melindungi aset perniagaan asli mereka yang merupakan sebahagian daripada perkhidmatan teras perniagaan dan daya maju jangka panjang keseluruhan. Undang-undang Hak Milik Intelektual (IP) Malaysia yang menyeluruh akan melindungi semua inovasi anda.

Daripada penyediaan perkhidmatan awan dan berbilion-bilion peranti pintar, Intel misalnya, mencipta nilai untuk pelanggan dan pihak berkepentingannya daripada Pusat Perkhidmatan Global Malaysia mereka. Ia digunakan untuk melakukan aktiviti penyelidikan dan pengembangan bagi peranti pengkomputeran; dan aktiviti perkhidmatan yang berkaitan dengan kewangan, sumber manusia, teknologi maklumat, perolehan, perkilangan, logistik, penggudangan dan perkhidmatan pemasaran jualan.

Intel telah melabur lebih daripada RM14 bilion selama hampir 50 tahun dan menyediakan pekerjaan kepada 9,000 rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi. Pulau Pinang telah menjadi lokasi kilang pemasangan luar pesisir pertama Intel yang pertama pada tahun 1972. Hari ini, pusat pemasangan dan ujian Intel yang terbesar dalam rangkaian globalnya terletak di Pulau Pinang.

Hak Milik Intelektual

Rekaan

Paten

Ciptaan

Penulisan

Undang-Undang

Hak Cipta

Perlindungan

Jenama

Pusat Dasar Inovasi Global Dewan Perniagaan AS (GIPC), dalam indeks Harta Intelek Antarabangsa Tahunan ke-7 (2019), meletakkan Malaysia di kedudukan kedua terbaik di Asia Tenggara.

 

Perubahan besar dalam teknologi dan operasi perniagaan menyebabkan keperluan yang semakin meningkat untuk inovasi global bagi menangani banyak cabaran yang semakin meningkat. Negara-negara yang memaksimumkan peranan IP membolehkan kemajuan besar dalam inovasi dan memacu perniagaan dari segi produktiviti dan kemajuan teknologi. Selaras dengan ini, Malaysia juga memupuk landskap R&D yang rancak melalui pelbagai inisiatif termasuk insentif untuk pembangunan IP. Garis panduan mengenai insentif ini boleh didapati di sini.

Persekitaran Perniagaan yang Kondusif di Malaysia

Persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia telah menjadikan negara ini sebagai salah sebuah destinasi pelaburan utama dunia bagi operasi perkilangan luar pesisir. Malaysia setakat ini telah menarik lebih daripada 5,000 syarikat asing daripada lebih 50 negara untuk memulakan perniagaan mereka di negara ini. Banyak syarikat yang terus mengembangkan dan mempelbagaikan operasi mereka di negara ini, sekali gus mencerminkan keyakinan mereka yang berterusan terhadap Malaysia sebagai tempat pilihan untuk perniagaan mereka.

Syarikat Perkilangan Asing
Terkemuka

Pertumpuan Hab Perkhidmatan Tradisional

Hari ini, Malaysia telah menarik sebuah set hibrid model perniagaan daripada Ibu Pejabat Global/Serantau, Pusat Kecemerlangan (COE) kepada Hab Perolehan dan Pengedaran.

 

Malaysia mempunyai banyak tarikan untuk MNC yang ingin memanfaatkan lokasi strategik di Asia Pasifik bagi operasi perkhidmatan mereka untuk menyokong pengurusan rantaian bekalan serantau atau global mereka.

Operasi Serantau dan Global yang Diluluskan (sehingga Disember 2020)

839

Projek

100

Negara

104,667

Pekerjaan

USD14.3 bil

Pelaburan

Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA)

NIA ialah rangka kerja pertumbuhan yang memandang ke depan dan akan menjadi asas kepada pembaharuan komprehensif kepada dasar pelaburan di Malaysia. NIA akan memberi tumpuan kepada kesepaduan dan kepadanan, dengan aspirasi ini dicerminkan merentasi semua dokumen dasar negara dan inisiatif berkaitan pelaburan termasuk Pelan Induk Perindustrian baharu dan Rancangan Malaysia Ke-12. NIA memainkan peranan penting dalam menghidupkan semula iklim pelaburan Malaysia, menarik pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara dan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi terutamanya dalam era pasca COVID.

Lima Parameter Yang Menjadi Teras Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA):

Meningkatkan Kompleksiti Ekonomi

Pembangunan perkhidmatan dan produk yang canggih serta penyelidikan & pembangunan tempatan yang tinggi dan usaha inovasi

Mencipta Pekerjaan Bernilai Tinggi

Mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, berpendapatan tinggi dan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan

Jalinan Domestik Luar

Penggunaan input domestik yang tinggi serta meningkatkan keluasan dan kedalaman rantaian bekalan domestik

Membangunkan Kluster Baharu dan Kluster Sedia Ada

Pembangunan sektor berproduktiviti tinggi serta pembangunan produk dan perkhidmatan baharu tempatan

Meningkat Penglibatan Menyeluruh

Meningkatkan pembangunan kawasan dan komuniti yang kurang diberi perhatian

NIA dijangka memacu pertumbuhan jangka panjang untuk Malaysia melalui aliran pelaburan berkualiti yang mampan dalam bidang pertumbuhan baharu dan kompleks. Selepas mencapai rekod prestasi penggalak pelaburan dan kemudahan selama berdekad-dekad, MIDA memainkan peranan yang lebih menonjol dalam inisiatif ini sebagai sebahagian pembaharuan institusi dan selaras dengan mandat NIA untuk keselarasan dasar yang lebih baik.

 

Maklumat lanjut mengenai NIA boleh dibaca di sini.

Mewujudkan Malaysia yang Lestari

Di bawah NIA, strategi pelaburan akan mengutamakan pelaburan dan inovasi yang mencapai keseimbangan antara ekonomi dengan kelestarian alam sekitar berpandukan penanda aras alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) global untuk menyokong pertumbuhan pada rantaian bekalan serta nilai.

 

Inisiatif hijau di bawah Belanjawan 2022 merangkumi penekanan terhadap perlunya syarikat Malaysia dan rangkaian bekalan tempatan menggunakan rangka kerja ESG berdasarkan pembentukan nilai yang lebih tinggi.

 

Transformasi sektor strategik yang telah dikenal pasti mengikut amalan berdasarkan ESG termasuklah:

  • Perkilangan
    Transformasi untuk memacu peningkatan perkilangan produk yang lestari cth. EV dan penggunaan amalan ESG seperti menghasilkan impak sosial yang positif
  • Perkhidmatan
    Penerapan amalan ESG terkini dalam perkhidmatan seperti piawaian tadbir urus korporat dan pelaburan mampan
  • Bidang Teknologi Tinggi
    Integrasi teknologi maju dengan trend ESG terkini seperti pusat data hijau
  • Tenaga dan Kuasa
    Peralihan pantas industri tenaga dan utiliti ke arah sumber boleh dibaharui

Rancangan Malaysia Ke-12, 2021-2025 (RMK-12)

RMK-12 ialah fasa pertama Wawasan Kemakmuran Bersama Malaysia 2030 (SPV 2030) ke arah penstrukturan semula Malaysia menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan yang mencapai pertumbuhan mampan merentasi kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan.

 

Dasar, program dan inisiatif RMK-12 berkisar pada tiga dimensi utama iaitu Pemerkasaan Ekonomi, Kelestarian Alam Sekitar dan Kejuruteraan Semula Sosial. Dimensi ini akan saling melengkapi ke arah merealisasikan model pembangunan Negara Kemakmuran Bersama. Ia juga selaras dengan usaha Malaysia untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan menjelang 2030. Kemas kini dan maklumat lanjut boleh didapati di Portal Rasmi Unit Perancang Ekonomi.

wpChatIcon