B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Teknologi Pengangkutan- Rel

Industri Rel

Subsektor rel merangkumi aktiviti dalam reka bentuk, pengilangan dan pemasangan rel serta penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO). Lebih daripada 30 perniagaan terlibat dalam reka bentuk, pengilangan dan pemasangan produk yang berkaitan dengan rel di negara ini, dengan lebih 40 syarikat tempatan lain terlibat dalam aktiviti MRO. Dengan 25,000 pekerja yang kini bekerja dalam aktiviti berkaitan rel, subsektor ini menyasarkan penglibatan 68,000 tenaga kerja menjelang tahun 2030.

Visi Kerajaan untuk subsektor rel Malaysia adalah industri ini akan menjadi perniagaan yang  kukuh dan lestari yang dapat memenuhi permintaan pengangkutan rel negara menjelang tahun 2030. Ia juga berharap agar Malaysia dapat menjadi pemain industri global yang kompetitif yang mengoptimumkan penggunaan sumber dan teknologi asli. Oleh itu, Kerajaan menyokong inisiatif ini dan akan membantu syarikat tempatan untuk maju ke tahap seterusnya melalui kaedah pemindahan teknologi.

RM97.3 juta

Jumlah Pelaburan yang Diluluskan
setakat 2021

25,000

Pekerjaan yang Dicipta
setakat 2019

>80 Syarikat

setakat 2019

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Pandemik COVID-19 dan langkah-langkah seterusnya yang diambil oleh kerajaan telah banyak mempengaruhi projek rel seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3). Inisiatif ECRL kini dalam fasa pembangunan.

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

ECRL menggunakan perancangan kejuruteraan yang komprehensif untuk membina dan mengendalikan laluan sepanjang 640km merangkumi lima negeri di Malaysia, merentangi Kelantan hingga ke Pelabuhan Klang. Ini seterusnya akan mengurangkan masa pengangkutan penumpang dan kargo. Ia bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan dan produktiviti perniagaan tetapi juga mewujudkan sumber aktiviti ekonomi baharu.

LRT3 dan MRT

Projek LRT3 ini dijangka siap menjelang bulan Februari 2024. Selepas siap, projek sepanjang 37.8 km ini akan menghubungkan Koridor Barat Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Laluan Putrajaya di bawah projek MRT telah siap 94 peratus dan dijangka mula beroperasi pada awal tahun 2023. Laluan kedua di bawah projek MRT Lembah Klang akan mempunyai 36 stesen dengan sembilan stesen bawah tanah, meliputi perjalanan sejauh 56.2 km dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral.

Halatuju Industri Sokongan Rel Malaysia 2030

Hala Tuju Industri Sokongan Rel Malaysia 2030 ialah inisiatif oleh Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia (MiGHT) bagi memetakan hala tuju untuk  pembangunan industri rel di Malaysia sehingga tahun 2030.

Ringkasan Halatuju Industri Sokongan Rel Malaysia 2030

Sorotan Pelabur Kami

SMH Rail adalah syarikat Malaysia yang mengeluarkan lokomotif, gerabak, gandar kereta api serta penyedia perkhidmatan bagi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dengan kehadiran di lebih daripada 20 negara. SMH Rail adalah satu-satunya pengeluar lokomotif elektrik diesel di Malaysia. Mereka telah melabur dalam kemudahan moden bagi kilang pembuatan lokomotifnya untuk memenuhi permintaan tempatan. Mereka memiliki pengalaman luas dalam kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih untuk pengendali kereta api nasional Malaysia, KTMB selama lebih daripada satu dekad.

- SMH Rail

Memulakan Perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai borang dan garis panduan penting untuk membantu anda memulakan perjalanan anda dalam sektor perkilangan di Malaysia.
Syarikat boleh membuat permohonan dan menyemak status permohonan secara atas talian melalui portal InvestMalaysia di investmalaysia.mida.gov.my
wpChatIcon