This site
is mobile
responsive
Produk Kelapa Sawit
Penyulingan minyak sawit di Malaysia telah bermula sejak awal tahun 1970-an sebagai tindak balas kepada seruan Kerajaan untuk meningkatkan aktiviti perindustrian, dan kemunculan kilang-kilang telah menjadi titik tolak kepada pengenalan pelbagai produk minyak sawit yang diproses. Hari ini, negara ini merupakan antara pemain penting dalam eksport minyak dan lemak yang boleh dimakan, menjadi pengeluar dan pengeksport minyak sawit kedua terbesar dunia.
Kerana kos yang lebih rendah dan faedah kesihatan yang pelbagai, minyak sawit adalah pilihan menarik bagi pelbagai pengeluar produk makanan. Hampir separuh daripada produk makanan yang terdapat di pasaran mengandungi minyak kelapa sawit, sama ada di pasar raya hinggalah di kedai runcit, ia mengandungi sumber tocotrienols semulajadi – antioksidan – yang menunjukkan sifat anti-radang, penurun kolesterol, pencegahan barah, radioaktif dan sifat neuroprotektif. Minyak sawit juga mengandungi bahagian asid lemak tak tepu dan tepu yang seimbang. Apabila dimakan, ia akan bertindak lebih seperti lemak tak tepu tunggal dan tidak memberi kesan buruk terhadap kadar kolesterol darah.
Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.
Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit terkemuka di rantau ini hasil daripada sumber semula jadinya yang pelbagai. Kami komited untuk mengekalkan pertumbuhan industri yang mampan dan telah melibatkan diri dalam pelbagai program kesedaran dan jangkauan berkenaan minyak sawit dan produk berkaitan minyak sawit.
Malaysia juga secara aktif mempromosikan amalan pertanian lestari dan baik sebagai sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB. Ini termasuk mengintegrasikan konsep ekonomi kitaran ke dalam industri kelapa sawit untuk membantu mengoptimumkan penggunaan bahan mentah dan meminimumkan sisa buangan daripada pengeluaran, pelepasan, dan ketidakcekapan penggunaan tenaga. Bahan-bahan yang biasanya kurang dimanfaatkan dalam ekonomi linear haruslah dikurangkan, digunakan kembali, dan dikitar semula. Pengamalan model ini bukan hanya akan membantu menangani masalah persekitaran yang memberi kesan negatif kepada industri, tetapi ia turut menyelesaikan kebimbangan yang beterusan terhadap bekalan bahan mentah.