MalayEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Produk Elektrik & Elektronik – Produk Elektrik

Produk Elektrik

Subsektor produk elektrik adalah aset yang sangat diperlukan untuk ekonomi negara dan merupakan komponen penting yang diperlukan untuk menjana sinergi antara pelbagai sektor dan memperkasakan pelbagai perniagaan. Subsektor ini merangkumi pembuatan produk elektrik dan alat tenaga boleh diperbaharui seperti motor elektronik, penjana, transformer, alat edaran, suis, sel solar, modul dan keseimbangan sistem.

Trend semasa industri telah beralih ke arah usaha menghasilkan produk yang inovatif dan mempunyai nilai tambah lebih tinggi yang menampilkan elemen industri 4.0. Contohnya, produk elektrik tertanam IoT seperti pemantauan aset pintar – alat suis dan pemeteran pintar.

Kami mengalu-alukan pelaburan terutamanya yang menghasilkan produk dengan nilai tambah yang lebih tinggi, dengan penekanan pada kualiti produk, aktiviti R&D, kecekapan kos dan dapat menyumbang kepada penerapan teknologi baru.

1.3%

Pelaburan Domestik

(RM0.6 bil)

RM47.4 bil

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada 2021

80%

98.7%

Pelaburan Asing

(RM46.8 bil)

RM47.4 bil

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada 2021

1.3%

Pelaburan Domestik

(RM0.6 bil)

98.7%

Pelaburan Asing

(RM46.8 bil)

19

Projek Diluluskan

8,965

Peluang Pekerjaan

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Ekosistem Solar

Pada masa ini Malaysia mempunyai ekosistem solar yang hampir lengkap, yang terdiri daripada sekitar 250 syarikat – aktiviti huluan yang merangkumi pengeluaran polisilikon, wafer, sel dan modul serta akitiviti hiliran seperti penyongsang, keseimbangan komponen sistem dan segmen penyepadu sistem.

Bahan

 

Modul PV

 

Penyepadu Sistem

 

Terdapat banyak pemain domestik Malaysia yang menghasilkan produk elektrik untuk menyokong TNB, penyedia tenaga utama di negara ini. Terutamanya, Malaysia telah berjaya mengembangkan ekosistem produk berasaskan solar dengan kehadiran pemain global utama di negara ini. Enam daripada sepuluh syarikat PV solar terbesar di dunia beroperasi di Malaysia. Ini termasuk First Solar, SunPower, LONGi, Risen Energy, JA Solar, Jinko Solar dan Hanwha Q Cells.

Produk dalam Subsektor Produk Elektrik

  • Sel solar dan modul
  • Papan agihan
  • Pencahayaan keadaan pepejal LED
  • Kabel dan wayar
  • Sel dan bateri utama

Kawasan Pertumbuhan yang Disasarkan

  • Imbangan sistem (komponen dan peralatan seperti penyongsang, pengecas bateri dan kotak simpang)
  • Produk elektrik tertanam pintar

Sorotan Pelabur Kami

LONGi adalah pengeluar terkemuka dunia bagi sel solar dan modul solar mono-kristal berkecekapan tinggi dari China. Sarawak adalah tapak perkilangan luar negara pertama yang berada di luar China. Ini adalah projek perkilangan solar yang bersepadu pertama di Malaysia yang merangkumi aktiviti seperti ingot pulling, wafer solar, sel solar dan modul.

- LONGi

Memulakan Perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai borang dan garis panduan penting untuk membantu anda memulakan perjalanan anda dalam sektor perkilangan di Malaysia.
Syarikat boleh menghantar permohonan dan menyemak status permohonan secara atas talian melalui portal MIDA InvestMalaysia di investmalaysia.mida.gov.my
wpChatIcon