This site
is mobile
responsive


Produk Elektrik & Elektronik – Elektronik Industri

Elektronik Industri

Malaysia mendorong syarikat-syarikat dalam subsektor ini untuk merancang, menjual dan mengekalkan penyelesaian industri elektronik untuk perniagaan – daripada grid elektrik hinggalah ke titik akhir pengguna.

 

Elektronik industri merujuk kepada produk elektronik seperti periferal komputer, peralatan, peranti telekomunikasi, pemancar, penghala dan sistem terbenam.

 

Malaysia menikmati faedah perdagangan melalui Perjanjian Umum mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT) Sistem Keutamaan Umum (GSP), perjanjian perdagangan sepihak, dan liberalisasi perdagangan seperti AFTA (Perjanjian Perdagangan Bebas Asia), ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara) dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). RCEP bermatlamat untuk mewujudkan persekitaran yang liberal, memudahkan dan berdaya saing di rantau ini selain peruntukan kemudahan pelaburan yang lebih baik dan penjagaan selepas pelaburan. Negara ini juga mempunyai infrastruktur bertaraf dunia, kepakaran teknologi dan kepelbagaian pembuatan untuk memenuhi permintaan pelanggan perniagaan global.

 

Subsektor elektronik industri Malaysia mengutamakan penggunaan teknologi tinggi untuk menggerakkan industri E&E ke arah aktiviti tambah nilai yang lebih tinggi. Subsektor ini menuju ke arah kecanggihan yang lebih tinggi melalui pengaplikasian teknologi canggih untuk menghasilkan produk yang lebih kompleks. Setakat ini, Malaysia mempunyai kelompok industri elektronik mapan yang berpusat di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.

14.8%

Pelaburan Domestik

(RM417 juta)

RM2.8 bil

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada 2020

80%

85.2%

Pelaburan Asing

(RM2.4 bil)

RM2.8 bil

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada 2020

14.8%

Pelaburan Domestik

(RM417 juta)

85.2%

Pelaburan Asing

(RM2.4 bil)

42

Projek Diluluskan

3,230

Peluang Pekerjaan

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Peluang Pelaburan

Mesin Pemprosesan
Data Automatik

Biometrik

Mekatronik & Robotik

Peralatan Ujian dan Pengukuran Saintifik Profesional

Peralatan Ujian &
Pengukuran

Alat ujian dan pengukuran adalah peralatan dan instrumen analisis yang mengesan dan mengukur sifat fizikal, interaksi biologi, dan isyarat elektrik. Pasaran ujian dan pengukuran global memainkan peranan penting dalam pengembangan produk dan teknologi baru.

Syarikat yang Menghasilkan
Alat Ujian & Pengukuran

Permintaan yang semakin meningkat
bagi PCB canggih dan teknologi yang
dipasang di permukaan.


Ini dijangka akan memacu pasaran sistem
pemeriksaan optik automatik pada masa akan
datang.

 


Elektronik Pengguna & Automotif

Mesin elektronik yang maju secara teknikal memerlukan PCB yang diuji dengan cekap untuk memenuhi standard pembuatan dan keselamatan yang digunakan dalam proses pembangunannya. Pasaran sistem pemeriksaan optik automatik menawarkan pengujian aplikasi khusus dan pengesanan kesalahan pada setiap peringkat proses pengeluaran PCB.

Peranti Telekomunikasi

Komponen asas bagi sistem telekomunikasi digital moden mestilah mempunyai keupayaan untuk menghantar:

Suara

 

Data

 

Radio

 

Isyarat Televisyen

 

Melalui impak yang dapat dirasai pada pelbagai aspek kehidupan, telekomunikasi membawa perubahan kepada dunia, menghubungkan kehidupan dan meningkatkan kecekapan.

Revolusi Teknologi dan Ramalan Pertumbuhan

Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyatakan komitmen terhadap persediaan negara untuk pelancaran teknologi 5G menjelang akhir tahun 2022 atau awal tahun 2023 dan kesambungan diletakkan sebagai salah satu keutamaan kerajaan. Pelancaran ini akan dilaksanakan dengan rancangan dan sasaran khusus seperti yang dinyatakan dalam Pelan Rangkaian Digital Nasional (JENDELA).

 

Langkah-langkah untuk pelaksanaan projek rangkaian 5G ini termasuklah ketersediaan ketersambungan, penerima, peraturan dan industri. Sebanyak 70 peratus daripada penggunaan 5G dijangka untuk kegunaan industri manakala 30 peratus yang selebihnya adalah untuk kegunaan awam.

Projek Demonstrasi 5G membawa banyak kejayaan. Semasa demonstrasi 5G dalam industri minyak dan gas, robot berjaya digunakan untuk menggantikan jurutera dari jauh dan 5G digunakan untuk menyelesaikan dua masalah utama yang berkaitan dengan pelantar minyak iaitu keselamatan pekerja dan meningkatkan kecekapan.

 

Teknologi 5G juga memberikan manfaat yang ketara kepada sektor pelancongan dengan menawarkan pengalaman baharu. Sebagai contoh, teknologi realiti maya menawarkan pemandangan tarikan 360 darjah kepada pelancong melalui penstriman langsung video HD ke kanta VR atau panel LCD.

 

JENDELA yang bertujuan untuk meningkatkan tahap ketersambungan dan kualiti komunikasi akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara dengan sasaran 96.9 peratus liputan 4G di kawasan berpenduduk dengan kelajuan jalur lebar mudah alih 35 Mbps menjelang akhir tahun 2022. JENDELA adalah antara usaha untuk menambah baik infrastruktur digital negara dengan menangani keperluan yang semakin meningkat terhadap liputan jalur lebar talian tetap dan mudah alih yang berkualiti tinggi, sebagai tindak balas kepada pandemik COVID-19.

 

JENDELA akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dan akan menambah asas kepada negara dalam menyediakan peralihan kepada teknologi 5G.

Sorotan Pelabur Kami

Keysight Technologies adalah antara pemain global utama yang menyediakan penyelesaian ujian dan pengukuran inovatif yang didorong oleh pasaran yang berkembang untuk industri pengguna akhir seperti automotif, aeroangkasa, ICT, perindustrian dan semikonduktor. Keysight adalah salah satu daripada lapan MNC perintis yang mendokong penubuhan Lembah Silikon Pulau Pinang.

- Keysight Technologies

Memulakan Perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai borang dan garis panduan penting untuk membantu anda memulakan perjalanan anda dalam sektor perkilangan di Malaysia.
Syarikat boleh menghantar permohonan dan menyemak status permohonan secara atas talian melalui portal MIDA InvestMalaysia di investmalaysia.mida.gov.my
wpChatIcon
X