This site
is mobile
responsive
Pengedaran Perdagangan
Perdagangan pengedaran merangkumi perdagangan borong dan runcit, pasar raya besar dan pasar raya, gedung serbaneka dan jualan langsung, francais (diatur di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, MDTCA) dan projek lain berkaitan petroleum yang diluluskan di bawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974.
Pada tahun 2020, sejumlah 613 projek telah diluluskan dengan pelaburan sebanyak RM3.7 bilion. Penyertaan asing merangkumi sebahagian besar (79.7%) pelaburan dengan kebanyakannya tertumpu pada perdagangan borong dan runcit. Projek yang diluluskan akan menghasilkan lebih daripada 18,000 peluang pekerjaan, menjadikannya majikan terbesar dalam sektor perkhidmatan.
Demi memulihkan permintaan dan membantu sektor domestik, MDTCA melancarkan kempen ‘Beli Produk Malaysia’ dan inisiatif ‘Program Jualan Mega’ pada Julai 2020. Pandemik ini juga meningkatkan keperluan kepada perniagaan runcit untuk memperluaskan penawaran perkhidmatan mereka dalam talian dan menerima aktiviti e-dagang bagi berkembang maju pada masa yang mencabar ini. Bagi menyokong usaha ini, Kerajaan memperkenalkan Elaun Modal Automasi (Automation CA) untuk sektor perkhidmatan dan Geran Automasi Pintar (SAG) di bawah MIDA.
Kuala Lumpur, Antara 20 Bandar Terbaik di Dunia untuk Membeli-belah
Ibu negara Malaysia telah diundi sebagai salah satu destinasi membeli-belah terbaik di dunia hasil gabungan kepelbagaian, keramahan, dan harga barangan yang berpatutan.
(Sumber: Majalah CEOWorld, 2019)