B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Lain-lain Perkhidmatan – Pengangkutan

Pengangkutan

Subsektor perkhidmatan pengangkutan terdiri daripada pengangkutan maritim, penerbangan serta pembinaan dan penyelenggaraan lebuh raya. Pada tahun 2021, sebanyak 24 projek sumber domestik telah diluluskan dengan pelaburan bernilai RM1.6 bilion iaitu peningkatan 143.5% berbanding pelaburan bernilai RM654.2 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 2020.

 

Malaysia terus berusaha untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang selamat, boleh dipercayai, berpatutan dan mampan, dan melangkah ke hadapan, ketersediaan sistem pengangkutan yang cemerlang adalah asas ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi.

 

Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 (NTP) kami mencerminkan komitmen ini dengan pelbagai hala tuju strategik digariskan untuk meningkatkan daya saing ekonomi kami, memberikan impak sosial yang tinggi terutamanya berkenaan dengan keterangkuman dan ketercapaian, sambil mengurangkan kesan negatif sistem pengangkutan terhadap alam sekitar. NTP dijangkakan akan memperkukuhkan lagi infrastruktur pengangkutan negara dan memastikan kelestarian pembangunan sistem pengangkutan negara.

 

100%

Pelaburan Tempatan

(RM1.6 bil)

RM1.6 bil

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada tahun 2021

75%

100%

Pelaburan Tempatan

(RM1.6 bil)

RM1.6 bil

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada tahun 2021

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030

Mewujudkan ekosistem
pengangkutan yang kondusif

Memudahkan pergerakan
yang lancar

Menyediakan mobiliti
yang memenuhi keperluan orang ramai

Meningkatkan kadar
penggunaan pengangkutan
awam

Menyampaikan sistem
yang pintar, selamat
dan terjamin

Memastikan penggunaan
sumber secara lestari

Sumber: Dasar Pengangkutan Negara, 2019-2030

Projek Infrastruktur yang Terkemuka

Jaringan Rel Pantai Timur (ECRL), landasan kereta api sejauh 640 kilometer yang menghubungkan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Baratnya, adalah antara projek infrastruktur nasional yang utama. Apabila siap kelak, “jambatan darat” ini yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan akan meningkatkan aktiviti perdagangan antarabangsa Malaysia dengan memudahkan perjalanan kargo antara dua pesisir ini, sambil menggalakkan kemasukan perdagangan maritim alternatif yang membawa meningkatkan pergerakan masuk kargo dan juga penumpang. Ia dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan antara Kota Bharu dan Putrajaya kepada kira-kira empat jam. 

ECRL, yang akan berintegrasi dengan pelbagai perkhidmatan kereta api lain, termasuk Express Rail Link (ERL), Mass Rapid Transit 2 (MRT2), dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sejumlah Projek Pemacu Ekonomi (EAP). Sebuah pasukan khas MIDA telah dibentuk untuk mempromosikan, memfasilitasi dan memantau pelaksanaan EAP. Pasukan ini telah melaksanakan pelbagai rancangan tindakan dan terus memfasilitasi lebih daripada 80 libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Negeri, Kementerian dan Agensi masing-masing, dewan perniagaan dan juga pemaju.

Memulakan Perniagaan

MIDA memberikan sokongan yang menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber kami, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi anda di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai dasar, insentif dan kemudahan di subsektor perkhidmatan Pengangkutan
Terokai maklumat lebih lanjut di laman web Kementerian Pengangkutan (MOT)
wpChatIcon