B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


UEM Edgenta perluas khidmat ke pasaran global

UEM Edgenta perluas khidmat ke pasaran global

03 Feb 2023

UEM Edgenta Bhd, melalui Edgenta Healthcare Support memeterai tiga perjanjian Memorandum Penerokaan Perniagaan (MOBE) bersama WAS, First Ambulance Services (FAS) dan Optima Technic, bagi memperkukuhkan kedudukannya dalam perniagaan penjagaan kesihatan antarabangsa.

Edgenta Healthcare Support adalah peneraju pasaran dalam perkhidmatan sokongan penjagaan kesihatan bukan klinikal di Asia Tenggara, kepada lebih 300 hospital di Malaysia, Singapura, Taiwan dan India.

WAS adalah syarikat yang berpangkalan di Jerman dan salah satu pengeluar kenderaan

khas dan ambulans terkemuka di dunia dengan pengalaman melebihi 20 tahun.

Bertujuan untuk mengukuhkan perkhidmatan kecemasan dan menjadikannya lebih mampan pada masa hadapan, WAS menyediakan perkhidmatan kecemasan mesra pengguna yang lebih selamat dan cekap berpandukan kemajuan teknologi dan konsep inovatif ambulans dan kenderaan pengangkutan pesakit.

Sementara itu, FAS adalah perkhidmatan ambulans persendirian Malaysia, yang menawarkan penyelesaian lengkap terhadap perihal yang berkaitan dengan ambulans hospital, seperti bantuan bagi kecemasan dan perubatan pra-hospital, pengangkutan pesakit, serta pengulangan semula perubatan kepada masyarakat Malaysia.

Beroperasi di pusat-pusat perubatan utama di negara ini, FAS berdedikasi untuk memberikan bantuan yang cemerlang kepada masyarakat melalui ambulans pintar.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin, berkata syarikat itu dengan kerjasama WAS dan FAS, akan menyediakan penyelesaian terbaik bagi meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini serta rantau lain.

“Kami berharap dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan negara agar setanding dengan peringkat antarabangsa.

“Gabungan kepakaran kami dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan, penjagaan kesihatan digital dan teknologi pengurusan aset akan menbolehkan kami meningkatkan sistem penjagaan kesihatan dan melancarkan perjalanan pesakit, bagi menyokong visi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta di rantau lain, terutamanya Timur Tengah, Asia dan negara lain di seluruh dunia.

“Sebagai sebahagian daripada komitmen dalam inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), kami juga meneroka EV Ambulans, selaras dengan pelancaran Wawasan 2030 oleh Putera Mahkota Kerajaan Saudi, Putera Mohammed bin Salman, yang bertekad ke arah mengurangkan pelepasan karbon negara.

“Ini satu langkah ke hadapan sejajar dengan aspirasi UEM Edgenta dalam menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan yang berkualiti tinggi, ke arah ekosistem penjagaan pesakit yang lebih baik”, katanya dalam satu kenyataan.

Perjanjian MOBE dimeterai di konvensyen Arab Health 2023 yang bertempat di Dubai World Trade Centre.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon