B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Top Glove meterai urus niaga 20 tahun beli tenaga solar daripada Shizen Malaysia

Top Glove meterai urus niaga 20 tahun beli tenaga solar daripada Shizen Malaysia

22 Apr 2022

Top Glove Corporation Bhd telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) selama 20 tahun dengan Shizen Malaysia Sdn Bhd sebagai pembuat sarung tangan terbesar dunia yang memperluas penggunaan tenaga solarnya.

Top Glove berkata Shizen Malaysia, unit Shizen Energy Inc, Jepun akan memasang, memiliki dan mengendalikan “grid memuncak” 10 megawatt (MW) yang mana pembuat sarung tangan itu membeli elektrik yang dijana oleh Shizen Malaysia selama 20 tahun, melalui kerjasama itu.

“Perkongsian yang baru ditandatangani diwujudkan susulan kerjasama sebelum ini di antara Top Glove dengan pemaju tenaga boleh diperbaharui tersebut yang bermula sejak November 2021,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Katanya kerjasama awal melibatkan loji kuasa suria atas bumbung telah membolehkan Top Glove untuk menjana tenaga boleh diperbaharui yang bersih dan pada kos yang kompetitif untuk kilang-kilangnya, mengurangkan purata kos elektrik syarikat itu, selain mengurangkan jejak karbonnya.

“Melalui PPA berkenaan, jumlah kapasiti solar Top Glove akan meningkat daripada 5.34 Megawatt puncak (MWp), menjimatkan kira-kira 13,000 tan pelepasan karbon dioksida (CO2) pada setiap tahun, bersamaan penanaman sekitar 400,000 pokok untuk menyerap jumlah CO2,” menurut syarikat itu.

MWp merupakan ukuran keluaran potensi maksimum bagi tenaga.

Pengarah Eksekutif Top Glove Lim Cheong Guan berkata syarikat itu akan bekerjasama rapat dengan Shizen Malaysia dalam komponen tenaga solar untuk mencapai matlamatnya dalam mengurangkan intensiti pelepasan karbon sebanyak 25 peratus menjelang 2025.

Setakat ini, Top Glove mempunyai lapan kilang di Malaysia yang dilengkapi sistem tenaga solar.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon