B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Taman tema i-City dilengkapi teknologi Metaverse

Taman tema i-City dilengkapi teknologi Metaverse

10 Feb 2022

i-City Malaysia memantapkan lagi pelan transformasi digital taman temanya dengan pelaburan bernilai RM10 juta.

Ketua Riadah i-City, Tang Soke Cheng, berkata melalui pelaburan terbaharu kumpulan itu, taman tema di dalam kawasan pembangunan ultrapolis perdana itu akan dilengkapi dengan pengalaman Metaverse.

Beliau berkata, projek penambahbaikan taman tema itu akan dijalankan dengan kerjasama China Mobile International (CMIM) untuk menggabungkan City of Digital Lights i-City dengan pengalaman 3D Metaverse.

CMIM ketika ini katanya sedang dalam proses akhir membina platform teknologi untuk penyerapan Metaverse di taman temanya.

“Kumpulan menjangkakan pengalaman Metaverse terbaharu itu mampu menarik 10 juta pengunjung apabila disiapkan tahun hadapan.

“Teknologi Metaverse mampu menjadi kekuatan utama taman tema kami. i-City akan menjadi taman tema pertama menggunakan teknologi itu di Malaysia.

“Kumpulan akan memastikan kerja penambahbaikan dapat disiapkan tepat pada masanya menjelang detik tahun baharu 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Taman tema i-City sebelum itu pernah diiktiraf oleh CNN Travel sebagai destinasi ke-21 paling terang dan berwarna-warni di dunia, hanya dua takuk di atas New York Times Square di Amerika Syarikat.

Sementara itu, Pengarah Perusahaan CMIM, Jackie Chen Jiang Long, berkata pelaksanaan teknologi 5G di Malaysia pada tahun ini juga memberi sokongan kepada projek 3D Metaverse bersama i-City itu.

Beliau berkata, Metaverse memerlukan modaliti 3D untuk dihantar secara digital dalam pelbagai bentuk.

“Lebih banyak model 3D secara langsung, lebih banyak butiran yang diperlukan dan lebih banyak data yang akan digunakan.

“Oleh itu, pelaksanaan 5G bersama infrastruktur pengkomputeran awan skala besar yang sedang dibina oleh i-City akan memainkan peranan penting dalam kejayaan projek ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon