B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Siemens Malaysia komited bantu digitalisasi negara

Siemens Malaysia komited bantu digitalisasi negara

23 Mei 2021

Siemens Malaysia yang berhasrat menjadi pemain utama transisi Malaysia ke dalam digitalisasi bersedia menyokong pelanggan di Malaysia dalam menjadikan loncatan digital sesuatu yang mudah dan lancar.

Dalam usaha meningkatkan lagi tahap digitalisasi di negara ini, satu bengkel digitalisasi khas dianjurkan Siemens Malaysia dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di sini hari ini, yang dihadiri 100 peserta terdiri daripada kakitangan TNB.

“Dengan pengetahuan dan portfolio yang ada, Siemens Malaysia bersedia menyokong pelanggan di Malaysia dalam menjadikan loncatan digital sesuatu yang mudah dan lancar, sama ada dalam penjanaan kuasa atau pengurusan tenaga yang adalah kekuatan portfolio perniagaan kami,” kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Indranil Lahiri.

Hadir sama Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab Rahman.

Indranil berkata, pihaknya menyaksikan peralihan digitalisasi oleh perniagaan, organisasi dan industri, sungguhpun secara perlahan-lahan, dan ini terlihat pada aliran rantaian bekalan, penyebaran teknologi dan penyatuan digital mekanisma lanjutan bagi pemprosesan data yang turut merevolusikan cara kita bekerja.

Ditanya berhubung prospek perniagaan tahun ini, beliau berkata pihaknya menjangka meraih peningkatan antara 15 peratus hingga 20 peratus tahun ini.

Siemens Malaysia juga adalah Penaja Berlian persidangan dwitahunan Industri Bekalan Kuasa Elektrik (CEPSI) 2018 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 17 September hingga 22 September depan.

TNB menganjurkan edisi ke-22 Persidangan CEPSI itu sebagai mewakili AESIEAP. Kali terakhir TNB menganjurkan CEPSI ialah pada 1996.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon