B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Ekonomi Malaysia bertambah baik ekoran langkah pemulihan kerajaan – Muhyiddin

Ekonomi Malaysia bertambah baik ekoran langkah pemulihan kerajaan – Muhyiddin

23 Mei 2021

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan kedudukan ekonomi negara bertambah baik pada tahun ini, sejajar dengan tindakan kerajaan dan pemulihan aktiviti ekonomi serta perdagangan dunia walaupun berdepan cabaran getir akibat pandemik COVID-19.

Menurutnya, Malaysia berada di landasan yang tepat dalam perancangan dan pengurusan ekonomi ke arah pertumbuhan yang lebih kukuh dan mampan dan ia mula menampakkan kesan positif.

“Perancangan kita sudah pun melihatkan kesannya. Satu…mungkin COVID-19 tak selesai. Tapi ekonomi kita sudah ada petanda peningkatan. Eksport kita meningkat, import kita meningkat (dan) jumlah pekerja yang kita ambil mencecah 150,000, lebih daripada jadual 120,000 orang.

“Unjuran badan antarabangsa, pakar kita dan Bank Negara … kita akan lihat pertumbuhan 6.5 ke 7.0 peratus tahun ni. Ada masa empat ke tujuh bulan untuk lihat ia tercapai,” kata perdana menteri dalam program Bicara Khas Eksklusif bersama RTM dan Bernama TV malam ini.

Beliau berkata kerajaan telah berusaha untuk mengimbangi antara kepentingan kesihatan awam dan keperluan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga (PKP 3.0), sama seperti PKP 2.0 yang mana kesan terhadap pertumbuhan dijangka kurang teruk berikutan kebanyakan sector ekonomi masih dibenarkan beroperasi.

“Kita dah mulakan awal, tahun lalu pun dah mulakan. Langkah kita buat PKP tak tutup semua kerana memikirkan ke hadapan.

“Kalau kir hari ini memang nak tutup semua. Tapi kita jaga kehidupan, masa depan rakyat, pendapatan mereka, kerja mereka,” jelas beliau.

Perdana menteri turut mengulas berkenaan perbelanjaan besar negara sewaktu menempuh cabaran pandemik COVID-19.

“Kadang-kadang rakyat mudah lupa tapi itu antara pakej terbesar dalam sejarah negara, tak terhenti di situ, kita akan usahakan dan buat apa yang patut,” katanya.

Ekonomi negara dijangka bertambah baik tahun ini Menurut Muhyiddin, pelaksanaan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan meningkatkan sentimen dan menyumbang ke arah pemulihan kegiatan ekonomi.

“Sebelum akhir tahun ni kita sasarkan rakyat telah disuntik dengan vaksin. Sasaran capai 80 peratus imuniti kelompok. Kita harap bila ada perlindungan, ekonomi pulih dan harapan kita, tahun 2022 tambah lebih baik,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik, perdana menteri menjangkakan industri pelancongan Malaysia mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk pulih dan dalam pada itu terdapat inisiatif yang digerakkan oleh kerajaan Persekutuan.

“Sektor ini paling terkesan kerana tidak boleh nak merentas keluar negara dan pelancong tak boleh nak datang.

“Banyak hotel tutup, inap desa (homestay) terpaksa berhenti tidak buat apa-apa. Teksi dan bas bawa pelancong tersadai. Sebab itu, saya arahkan kepada Kementerian Kewangan untuk bantu kerana ada pembelian seperti teksi tidak menggunakan pinjaman bank, tapi syarikat pemajakan yang tiada moratorium,” katanya. Jelas Muhyiddin, kerajaan telah memulakan rundingan untuk kemasukan pelancong asing China dan ASEAN menerusi laluan hijau (green lane) apabila keadaan mengizinkan dan turut membantu industri kreatif untuk mencergaskan industri pelancongan.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X