Sektor Teknologi Malaysia Akan Raih Manfaat Ketara Daripada Kebuntuan AS-China - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Sektor Teknologi Malaysia Akan Raih Manfaat Ketara Daripada Kebuntuan AS-China

Sektor Teknologi Malaysia Akan Raih Manfaat Ketara Daripada Kebuntuan AS-China

25 Okt 2022

Public Investment Bank Bhd (PIVB) mengekalkan jangkaan bahawa sektor teknologi Malaysia akan mengatasi penanda aras yang relevan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Ini susulan lebih banyak aliran masuk pelaburan disaksikan ke dalam rantau ASEAN dengan Malaysia akan meraih manfaat ketara daripada peningkatan kebuntuan ketegangan Amerika Syarikat (AS)-China.

Menurut bank pelaburan itu, pelabur harus meneliti semula saham teknologi dengan asas yang kukuh dalam jangka masa panjang memandangkan manfaat ganjaran risiko yang menarik.

Malaysia lebih menonjol di rantau ini, jelasnya menerusi nota penyelidikan pada Selasa.

“Kami yakin akan berlaku kesan limpahan positif (daripada) pemindahan industri dari China dan AS ke rantau ini untuk meminimumkan risiko masa depan yang timbul daripada peningkatan ketegangan AS-China.

“Malaysia ialah antara negara terkemuka dari segi pelaburan untuk industri semikonduktor, telekomunikasi dan teknologi kerana negara ini memiliki ekosistem yang menggalakkan, termasuk bakat, infrastruktur dan persekitaran yang mesra perniagaan,” jelasnya.

PIVB menambah, peserta Malaysia dalam penyumberan luar peralatan ujian automatik serta perkhidmatan pemasangan dan ujian boleh memperoleh manfaat daripada lencongan perdagangan dari AS dan China di samping kelemahan semasa ringgit juga menarik bagi pelabur asing.

“Industri semikonduktor Malaysia, yang membentuk 13 peratus daripada bahagian pasaran pemasangan cip dan pengujian global, diunjurkan meraih manfaat daripada Akta Cip dan Sains AS yang diluluskan baru-baru ini (dengan US$52.7 bilion subsidi Persekutuan disediakan untuk menyokong pembuatan cip) bagi jangka panjang.

“Ini memandangkan lebih banyak kerja pemasangan dan ujian diperlukan untuk memenuhi keperluan kilang fabrikasi cip canggih baharu dengan teknologi proses tujuh nanometer dan ke bawah,” jelasnya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon