B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Sanichi tawar terbitan hak bagi pengeluaran sarung tangan

Sanichi tawar terbitan hak bagi pengeluaran sarung tangan

22 Apr 2021

Sanichi Technology Bhd menawarkan sehingga 1.42 bilion terbitan hak bernilai lapan sen dengan 712 juta waran percuma (Sanichi-WF) kepada pemegang saham sedia adanya.

Eksesais korporat itu akan menyaksikan untuk setiap satu saham yang dimiliki pemegang saham, akan menerima enam terbitan saham berserta dengan tiga waran.

Di bawah pelan diversifikasi itu, Sanichi merancang untuk memasang dan mentauliahkan sehingga 15 barisan bekas sarung tangan secara berperingkat selama 36 bulan untuk mengeluarkan sarung tangan nitril kelas perubatan.

Ia dijangka menghasilkan kapasiti pengeluaran lebih daripada 3.11 bilion keping setahun.

Sebagai permulaan, Sanichi berhasrat untuk menggunakan hasil daripada cadangan terbitan kak dengan waran untuk memperoleh, memasang dan mentauliahkan sehingga enam barisan bekas sarung tangan itu.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Dr Pang Chow Huat berkata, pihaknya optimis bahawa enam barisan pengeluaran itu dapat menghasilkan kapasiti pengeluaran sehingga 1.24 bilion sarung tangan setahun.

“Pada purata harga jualan pasaran RM328 setiap setiap karton, (1,000 keping setiap karton), anggaran kapasiti pengeluaran dalam ringgit (atau pendapatan) adalah RM408.08 juta dan berdasarkan margin konservatif 30 peratus, jangkaan sumbangan kepada keuntungan sbeelum cukai kumpulan adalah RM122.43 juta,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon