B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


ICP penting bagi perkukuh industri aeroangkasa Malaysia – Airbus

ICP penting bagi perkukuh industri aeroangkasa Malaysia – Airbus

22 Apr 2021

Program Kerjasama Industri (ICP) memainkan peranan penting dalam mengukuhkan industri aeroangkasa Malaysia, menurut pengeluar pesawat dan produk aeroangkasa, Airbus SE.

Ketua Airbus Defence and Space Asia Pasik Johan Pelissier berkata ICP akan memberi manfaat kepada rantaian bekalan tempatan, terutamanya pada masa ini apabila seluruh industri menuju ke arah pemulihan selepas COVID-19.

Sebagai rakan kongsi dalam tempoh yang lama dengan Malaysia, katanya Airbus telah membangunkan kerjasama industri yang luas dan kukuh serta membawa banyak faedah kepada ekonomi negara.

“Hari ini kita boleh menemui komponen ‘Buatan Malaysia’ dengan mudah pada produk pesawat awam Airbus dan pesawat A400M,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi selepas Airbus Malaysia Connect Webinar hari ini.

Beliau antara penceramah pada sesi bertajuk “A Fine Balance – Assets, Economics and National Defence”.

Ditanya mengenai komitmen syarikat dalam ekosistem aeroangkasa Malaysia, beliau berkata  pengeluar peralatan asli  (OEM) seperti Airbus dapat memberikan sumbangan yang bermakna untuk membantu Malaysia menguruskan evolusi, dalam negara mengkaji pembelian aset pertahanan baharu.

“Ini bukan sahaja membina keupayaan tetapi mewujudkan operasi kendiri dan membangunkan nilai kejuruteraan peringkat tinggi bagi menyokong operasi dengan lebih cekap dan berkesan.

“Malaysia kekal sebagai pasaran utama Airbus dan kami komited dengan kehadiran kami di sini, menawarkan yang terbaik untuk menyokong perjalanan transformasi negara,” katanya.

Airbus dan Malaysia telah menjadi rakan strategik selama lebih 40 tahun, sejak Malaysia Airlines menempah pesawat badan lebar A300B4 asli pada Ogos 1978.

Sejak itu, negara telah menjadi asas pelanggan yang utama untuk syarikat itu di rantau Asia Pasik melibatkan pesawat komersial, pertahanan, angkasa dan produk helikopter.

Malaysia merupakan asas pembekal terbesar untuk Airbus di Asia Tenggara dengan syarikat aeroangkasanya menghasilkan komponen dan struktur aero dalam barisan produk syarikat.

Airbus turut menyediakan kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih serta latihan di negara ini dan terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan teknologi di peringkat tempatan.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon