B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pulau Pinang kekal pengeksport terbesar Malaysia

Pulau Pinang kekal pengeksport terbesar Malaysia

28 Dis 2022

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama di negara ini dengan sumbangan 31.8 peratus, diikuti oleh Johor (19 peratus), Selangor (17.7 peratus), Sarawak (sembilan peratus) dan Kuala Lumpur (5.4 peratus).

Sementara itu, bagi import, Selangor adalah penyumbang utama dengan 26.5 peratus,

diikuti oleh Pulau Pinang (24.3 peratus), Johor (20.7 peratus), Kuala Lumpur (7.1 peratus) dan Kedah (5.8 peratus).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata eksport pada bulan November 2022 meningkat sebanyak RM17.6 bilion (15.6 peratus) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Katanya, eksport lebih tinggi direkodkan bagi kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (RM10.8 bilion), Sarawak ( RM3.2 bilion), Johor (RM1.9 bilion), Kuala Lumpur (RM1.6 bilion), Selangor (RM629.2 juta), Terengganu (RM315.6 juta), Melaka (RM152.0 juta), Kelantan (RM119.3 juta), Negeri Sembilan (RM77.4 juta) dan Perlis (RM30.6 juta).

“Walau bagaimanapun, eksport menyusut di Sabah (-RM565 juta), Pahang (-RM379.7 juta), Perak (-RM180.2 juta), W.P. Labuan (-RM38.8 juta) dan Kedah (-RM13.8 juta),” katanya dalam satu kenyataan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri November 2022 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hari ini.

Jumlah dagangan Malaysia pada bulan November 2022 bernilai RM238.2 bilion, meningkat 15.6 peratus tahun ke tahun dengan nilai eksport RM130.2 bilion, peningkatan sebanyak 15.6 peratus tahun ke tahun dan import bernilai RM107.9 bilion, juga naik 15.6 peratus tahun ke tahun.

Beralih kepada prestasi import mengikut negeri, Mohd Uzir memaklumkan, import pada November 2022 juga meningkat RM14.5 bilion (15.6 peratus) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Beliau berkata, peningkatan import dipacu oleh import yang lebih tinggi oleh kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (RM4.6 bilion), Selangor (RM4 bilion), Johor (RM3.4 bilion), Melaka (RM1.6 bilion), Kuala Lumpur (RM640.7 juta), Sarawak (RM447.8 juta), Terengganu (RM162.1 juta), Perak (RM148.6 juta),

Perlis (RM53.1 juta) dan Kelantan (RM33.1 juta).

“Walau bagaimanapun, import menyusut di Kedah (-RM368.5 juta), Negeri Sembilan (-RM211.5 juta), Pahang (-RM89.2 juta), Sabah (-RM25.3 juta) dan Labuan (-RM16.5 juta),” katanya.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon