B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


PROTON, Pekat promosi penggunaan sistem PV solar

PROTON, Pekat promosi penggunaan sistem PV solar

23 Ogo 2022

Pekat Group Bhd bekerjasama dengan Proton Holdings Bhd (PROTON) untuk mempromosikan penggunaan sistem solar fotovoltaik (PV) solar dalam ekosistem dan pekerja sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian tenaga pengeluar kereta nasional itu.

Perkongsian itu adalah hasil kejayaan Pekat, pakar PV serta pelindung pembumian dan petir (ELP) melancarkan sistem PV solar bersambung grid

12 megawatt-peak (MWp) di kilang pengeluaran PROTON di Tanjung Malim, Perak yang membantu PROTON mengurangkan jejak karbon dan kos tenaga sejak Mac lalu.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, PROTON akan secara aktif mempromosikan penggunaan sistem PV solar yang disediakan oleh pembekal industri termasuk anak syarikat solar Pekat, Solaroo Systems Sdn Bhd (Solaroo) dengan menunjukkan penjimatan yang boleh dijana dan faedah yang dibawanya kepada alam sekitar.

Satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai hari ini antara Solaroo dan Proton Global Services Sdn Bhd (PGS).

PGS ialah anak syarikat milik penuh Proton Edar Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, berkata dengan kos tenaga yang masih meningkat, ditambah pula dengan dorongan berterusan

dalam kalangan pemegang taruh yang prihatin terhadap karbon untuk mengekalkan kelestarian mementingkan kemampanan karbon ke arah kemampanan, perkongsian di antara PGS dan Solaroo menandakan permulaan fasa seterusnya dalam perjalanan PROTON ke arah penggunaan tenaga hijau yang lebih holistik.

“Berikutan pelaburan dalam teknologi tenaga baharu di Tanjung Malim, kami

berharap dapat mengamalkan lebih banyak langkah penjimatan tenaga di seluruh ekosistem kami selaras dengan sasaran kerajaan untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengarah Solaroo, Johann Sze, berkata pihaknya berbangga untuk meneruskan perjalanan PV solar dengan PROTON dan menyediakan penyelesaian karbon rendah terbaik untuk rakan kongsi dalam hubungan perniagaan jangka panjang dan saling menguntungkan ini.

“Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami, kerjasama ini akan menambah rekod prestasi Solaroo dalam segmen komersial dan perindustrian. Dengan kenaikan tarif elektrik yang tidak dapat dielakkan, penggunaan tenaga boleh diperbaharui adalah berharga dalam ekonomi hari ini,” katanya.

Aset PV solar seluas 23 ekar yang bernilai RM33.1 juta milik Pekat di kilang PROTON di Tanjung Malim berpotensi memberikan penjimatan tenaga tahunan sebanyak RM5.85 juta untuk pengeluar kereta itu dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida daripada kemudahan berkenaan sehingga 11,536 tan setahun.

Pekat berjaya memperoleh lebih 195 MW projek pemasangan PV solar di atas bumbung di seluruh negara merentasi pelanggan residensi, komersial dan industri.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon