B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Program Vaksinasi Kebangsaan faktor penting bagi pemulihan ekonomi, kewangan – Ahli Ekonomi

Program Vaksinasi Kebangsaan faktor penting bagi pemulihan ekonomi, kewangan – Ahli Ekonomi

17 Feb 2021

Program vaksinasi kebangsaan jelas sekali merupakan satu daripada faktor kejayaan penting untuk mencapai pemulihan ekonomi dan kewangan yang dirancang negara tahun ini, kata ahli-ahli ekonomi.

Malaysia bakal memulakan program vaksinasi COVID-19 kebangsaan pada 26 Feb dan menyasar menyelesaikan tiga fasa program imunisasi itu menjelang Februari 2022.

Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Izuan Ahmad berkata kejayaan pelaksanaan program itu sangat penting bagi menyediakan perlindungan mencukupi Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Izuan Ahmad berkata kejayaan pelaksanaan program itu sangat penting bagi menyediakan perlindungan mencukupi terhadap virus tersebut serta memupuk sentimen positif dalam komuniti pengguna dan perniagaan.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dilanjutkan lagi bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor sehingga 4 Mac, 2021, beliau berkata pemulihan pertumbuhan ekonomi negara dijangka masih berada di landasannya.

“Lebih banyak sektor ekonomi, termasuk bukan sektor penting telah dibenarkan beroperasi baru-baru ini dengan prosedur operasi yang lebih ketat. 

“Justeru, lebih banyak aktiviti ekonomi telah memulakan semula operasi, menyediakan lebih banyak pekerjaan dan dagangan perniagaan yang seterusnya meningkatkan sumbangan penggunaan swasta kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya kepada Bernama.

Izuan berkata dari segi pelaburan langsung asing (FDI), sentimen positif hasil daripada pelaksanaan lancar program  vaksinasi kebangsaan itu juga dijangka meningkatkan kemasukan lebih banyak FDI ke dalam negara.

Sejajar dengan jangkaan peningkatan aktiviti dagangan global pada tahun ini, FDI juga merupakan penyumbang penting dalam mencapai pelan pemulihan ekonomi negara, dengan pendapatan eksport diunjur meningkat dalam masa terdekat, katanya.                                                                                    

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata permulaan program vaksinasi Malaysia akan menjadi sandaran utama bagi pembukaan semula ekonomi.

Pelancaran program vaksinasi dan seterusnya imuniti kelompok yang dirancang selesai sepenuhnya pada suku pertama 2022 bermakna keyakinan pengguna dan perniagaan seharusnya bertambah baik memandangkan kadar jangkitan dapat dikurangkan secara beransur-ansur, katanya.

“Apabila pembukaan semula ekonomi dapat dilaksanakan dengan cara yang meyakinkan, lebih banyak perniagaan akan dibenarkan untuk dibuka semula dan pengguna dapat melakukan urus niaga dengan tenang, selain mereka juga akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli barang melalui platform dalam talian.

“Secara ringkasnya, pemulihan ekonomi akan lebih mampan,” katanya.

Oleh itu, Afzanizam berpendapat amat penting untuk memastikan semua orang mendapat vaksinasi dan kempen kesedaran perlu dilakukan untuk mendidik masyarakat mengenai cara vaksin itu berfungsi dan erti vaksinasi.

“Pada era ini, percambahan media sosial bermakna menyampaikan maklumat yang positif dan tepat adalah amat mencabar. Oleh itu, kerajaan perlu meningkatkan usahanya untuk menyampaikan mesej dan maklumat ini kepada masyarakat umum,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis CGS-CIMB Ivy Ng Lee Fang, dalam nota penyelidikan, berkata pelaksanaan program vaksinasi yang berjaya dan pembatalan PKP di semua negeri kecuali tiga negeri dan ibu negara dilihat positif oleh pasaran berikutan ini dapat mengurangkan kebimbangan mengenai risiko pendapatan syarikat.

“Kami berpendapat pasaran akan menilai semula dan beralih kepada saham yang akan mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi jika pelaksanaan program vaksinasi berjalan lancar dan mengikut tempoh yang dinyatakan oleh kerajaan.

“Bagaimanapun, mungkin terdapat potensi halangan dalam pelaksanaan tersebut. Antara yang menjadi kebimbangan ialah jumlah dos vaksin mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi tarikh akhir yang ketat,” katanya.

Setakat ini, kerajaan hanya memberikan tempoh yang terperinci mengenai penghantaran vaksin Pzer-Biotech tetapi bukan untuk empat jenis vaksin yang lain, katanya.

Bagi pesanan vaksin Pzer Malaysia, kumpulan pertama satu juta dos (untuk 500,000 orang, masing-masing dua dos) dijadualkan tiba pada akhir Februari,

dengan 1.7 juta dos lagi pada suku kedua 2021, 5.8 juta dos pada suku ketiga 2021 dan 4.3 juta dos pada suku keempat 2021.

“Bagaimanapun, kami yakin kejayaan pelaksanaan program imunisasi akan menjadi kunci untuk meningkatkan sentimen pasaran. Kami mengekalkan sasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kami sebanyak 1,759 dengan tiga pilihan saham utama kami adalah Inari, Public Bank dan Telekom Malaysia,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon