B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


PM: 1,200 pekerjaan baharu dicipta manakala lebih 42,000 mendapat pekerjaan pada Jan 2022

PM: 1,200 pekerjaan baharu dicipta manakala lebih 42,000 mendapat pekerjaan pada Jan 2022

03 Mac 2022

Sebanyak 42,166 orang telah mendapat kerja manakala 1,200 pekerjaan baharu diwujudkan pada Januari lepas, sekali gus membuktikan insiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang dilancarkan pada 19 Feb lepas berada di landasan tepat bagi mencapai sasaran penciptaan 600,000 pekerjaan tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kejayaan itu dimaklumkan dalam mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang diadakan hari ini bagi membincangkan program dan inisiatif yang telah dan akan dijalankan oleh agensi pelaksana untuk mencipta peluang pekerjaan bagi Keluarga Malaysia.

Beliau berkata kejayaan itu juga mencerminkan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin pulih dengan pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi dan sosial.

“Mengimbas kembali kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2021, kerajaan dengan kerjasama bersepadu pelbagai kementerian, agensi pelaksana dan sektor swasta telah berjaya menempatkan 558,633 pekerjaan.

“Pencapaian ini adalah 112 peratus daripada sasaran yang telah ditetapkan dan kerajaan yakin kejayaan ini boleh diulangi dengan sasaran yang lebih tinggi bagi tahun 2022,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata kerajaan akan menambah baik dan memperkasa ekosistem pekerjaan melalui pewujudan Pusat Penempatan Pekerjaan sehenti yang akan memantau kejayaan setiap permohonan pekerjaan.

Menurutnya inisiatif itu merupakan pelengkap bagi platform MYFutureJobs yang memudahkan majikan menawarkan pekerjaan dan pada masa sama membantu pencari kerja untuk membuat pendaftaran serta mendapatkan tarikh temu duga.

“Kerajaan yakin strategi NEC dapat meneruskan momentum pemulihan ekonomi negara, meningkatkan penciptaan peluang pekerjaan serta mengurangkan kadar pengangguran.

“Selain itu, kerajaan memandang serius isu-isu berkaitan seperti kekurangan pekerja dalam sektor tertentu, kesaksamaan peluang pekerjaan, perlindungan sosial bagi pekerja dan isu kebolehpasaran graduan,“ katanya.

Bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, Ismail Sabri berkata sistem kuota dan multi-tier levy (MTL) merupakan langkah yang boleh diambil dalam menangani isu itu, di samping sokongan pihak majikan juga perlu bagi mengimbangi impak kekurangan tenaga kerja pasca pandemik.

Perdana Menteri berkata NEC juga bersetuju dengan penetapan sasaran 300,000 penempatan pekerjaan di bawah Insentif Penggajian JaminKerja, Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran (220,000 penempatan) serta Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP) (80,000 penempatan).

Sementara itu Ismail Sabri berkata Kementerian Sumber Manusia telah diarah merangka strategi yang khusus bertujuan meningkatkan lagi peluang pekerjaan bagi golongan belia berikutan kadar pengangguran dalam golongan berkenaan berada pada tahap 80.3 peratus.

Beliau berkata kerajaan turut mengulangi pendirian mengenai usaha pendedahan awal pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada pelajar Tingkatan 1 untuk membantu pelajar membuat pilihan berdasarkan kecenderungan minat mereka.

“Bagi tujuan ini, kempen promosi dan penjenamaan semula TVET akan dilakukan secara komprehensif bagi menghapuskan persepsi yang mengatakan TVET adalah pendidikan kelas kedua. Sebaliknya, TVET akan diperkasakan agar ia menjadi kerjaya pilihan seperti negara maju,“ katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon