B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Gas Malaysia bekerjasama dengan Kulim Greenergy dalam penerokaan gas mesra alam

Gas Malaysia bekerjasama dengan Kulim Greenergy dalam penerokaan gas mesra alam

02 Mac 2022

Gas Malaysia Bhd telah bekerjasama dengan Kulim Greenergy Sdn Bhd bagi menghasilkan Metana Bio Mampat (Bio-CNG) untuk disuntik ke dalam rangkaian Sistem Pengagihan Gas Asli Gas Malaysia.

Syarikat-syarikat itu dalam satu kenyataan bersama memberitahu Bio-CNG tersebut akan dibekalkan oleh kilang kelapa sawit Kulim (Malaysia) Bhd iaitu Tereh dan Sindora yang terletak di Kluang, Johor.

Perjanjian pembelian gas itu telah dimeterai antara subsidiari milik penuh Gas Malaysia, Gas Malaysia Pipeline Virtual Sdn Bhd dan Kulim Greenery, yang merupakan anak syarikat milik penuh Kulim.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata terdapat potensi untuk penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan mampan di Malaysia, yang terus dipacu oleh landskap tenaga hijau yang semakin berkembang.

“Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Kulim Greener dalam penerokaan ini. Kami yakin bahawa masa depan akan didokong oleh tenaga yang boleh diperbaharui dan lestari,” katanya.

Gas Malaysia berkata perkongsian itu adalah sebahagian daripada strategi kepelbagaiannya untuk meneroka jalan dalam rantaian nilai gas bagi terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kulim Mohd Faris Adli Shukery berkata penerokaan kali ini adalah antara usaha kumpulan untuk merealisasikan komitmennya dalam ekonomi kitaran sebagai sebahagian daripada inisiatif “Sisa kepada Harta” kumpulan berkenaan.

Ekonomi kitaran merujuk kepada sumber-sumber secara mampan dengan penekanan terhadap kitar semula serta penggunaan semula bagi mengurangkan sisa daripada isi rumah kepada perniagaan dan kerajaan.

“Ia adalah selaras dengan aspirasi Kulim untuk menggabungkan amalan kelestarian ke dalam aktiviti perniagaan kami. Kami menjangkakan usaha ini akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan dengan mengubah kos pematuhan kami menjadi aliran pendapatan baharu,” kata Mohd Faris.

Penerokaan dalam gas mesra alam ini adalah langkah positif ke arah menyokong aspirasi negara yang mana Gas Malaysia dan Kulim Greenery akan memanfaatkan kepakaran masing-masing untuk pertumbuhan jangka panjang mereka.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon