B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Petronas Gas bina saluran paip bernilai RM541 juta bagi loji jana kuasa di Pulau Indah

Petronas Gas bina saluran paip bernilai RM541 juta bagi loji jana kuasa di Pulau Indah

22 Feb 2021

Petronas Gas Bhd (PGB) meluluskan keputusan pelaburan akhir bagi pembinaan saluran paip gas lateral baharu bernilai RM541.07 juta.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat infrastruktur gas dan utiliti itu berkata saluran paip tersebut adalah sepanjang kira-kira 42 kilometer dan akan menggunakan gas yang disalur daripada rangkaian saluran paip Peninsular Gas Utilisation (PGU) II sedia ada.

Ia berkata gas asli tersebut akan disalurkan ke loji jana kuasa turbin gas kitaran 1,200 megawatt di Pulau Indah, Selangor, yang memerlukan bekalan kira-kira 137 juta kaki padu standard, serta kepada industri yang berkaitan di sepanjang saluran paip itu.

“Projek ini dijangka selesai dan mula beroperasi pada suku pertama 2023,” kata PGB.

Syarikat itu  berkata projek tersebut dikendalikan  oleh perniagaan pengangkutan gas dan pengegasan semula sebagai sebahagian daripada pengembangan lateral PGU, yang dikawal selia di bawah rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif (IBR).

“IBR akan menentukan kos pemulihan projek menerusi tarif penghantaran saluran paip,” kata PGB, dan menambah ia akan menggunakan kemudahan pembiayaan Islam daripada RHB Islamic Bank Bhd bagi membiayai kos projek tersebut.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon