B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Program imunisasi faktor utama pemulihan ekonomi – APIB

Program imunisasi faktor utama pemulihan ekonomi – APIB

22 Feb 2021

Kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan menjadi faktor penting dalam menentukan laluan Malaysia ke arah merealisasikan pemulihan ekonomi, menurut Asia Pacific Investment Bank Ltd (APIB).

Pengarah Jabatan Pengurusan Aset, Lai Heow Gran berkata program itu akan mengekang penularan jangkitan virus sekali gus membolehkan usaha pemulihan ekonomi terus dipacu.

“Bagaimanapun, ekonomi ini mungkin berdepan risiko sekiranya vaksinasi ini tidak dapat mengatasi evolusi virus,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu beliau berkata Malaysia dijangkakan meraih manfaat daripada pemulihan ekonomi Singapura dan China – dua rakan dagang terbesar negara.

Heow Gran turut mengunjurkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi separuh pertama 2021 kekal tidak berubah pada 1.75 peratus untuk merancakkan pertumbuhan pasaran.

Mengenai e-dagang, beliau berkata walaupun COVID-19 menjejaskan ekonomi negara secara keseluruhannya namun pandemik itu telah memangkin pembangunan pesat sektor e-dagang Malaysia.

Pada 2020, nilai keseluruhan transaksi e-duit dalam negara melonjak sebanyak 60 peratus tahun ke tahun untuk mencecah paras tinggi bernilai RM29.4 bilion, katanya.

“Nilai keseluruhan e-dagang Malaysia diunjurkan mencapai RM36.1 bilion pada 2021 dan RM41.7 bilion pada 2022,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon