B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


MIDA dan CETIM akan perkukuhkan ekosistem teknologi Malaysia

MIDA dan CETIM akan perkukuhkan ekosistem teknologi Malaysia

22 Feb 2021

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bekerjasama dengan Pusat Teknikal Industri Mekanikal Perancis (CETIM) untuk memperkukuhkan lagi ekosistem teknologi Malaysia dengan menarik pelaburan berkualiti.

Dalam  kenyataan  bersama hari ini, MIDA dan CETIM  berkata  mereka telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk menggalakkan, mempromosikan dan memberi kerjasama dalam bidang teknologi kejuruteraan dan pembuatan termasuk bidang baharu seperti pembuatan pintar, Industri 4.0 dan ekonomi pekeliling.

“Kedua-dua pihak akan melakukan inisiatif bersama seperti kegiatan penyelidikan, program latihan dan pertukaran, bertukar maklumat teknikal dan kepakaran dalam penyelidikan dan pembangunan  teknologi industri, serta  berkerjasama dengan institusi pendidikan tinggi  tempatan  dan organisasi penyelidikan dalam bidang industri pembangunan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDA Datuk Azman Mahmud menyambut baik terhadap pertimbangan CETIM untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau dengan menubuhkan pejabat Asia Pasik di sini.

MoU itu mencerminkan inisiatif berterusan agensi itu untuk meningkatkan landskap teknologi Malaysia seiring dengan agenda Industri 4.0, katanya.

“MIDA telah menjadi saluran antara entiti seperti CETIM, pemain industri dan ahli akademik untuk membuat kolaborasi baru yang berkesan sejajar dengan agenda aspirasi pelaburan Malaysia untuk mengembangkan industri bernilai tambah, modal dan pengetahuan tinggi.

“Terutama  ketika ini apabila pandemik telah mengubah cara kita hidup dan menjalankan perniagaan, peluang muncul dalam ruang teknologi untuk  bagi pihak berkepentingan memanfaatkannya,” katanya.

Justeru itu,  MIDA optimis bahawa inisiatif itu  dengan CETIM akan meningkatkan kemampuan teknologi industri negara dan membawa kepada  lebih banyak pelaburan dalam bidang baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif CETIM Daniel Richet berkata pusat itu dan MIDA yang telah berhubung sejak 2013 akan terus meneroka cara terbaik untuk menangani masalah dan cabaran dalam menerapkan Industri 4.0 di lanskap perindustrian Malaysia.

“CETIM memiliki sejarah dan pengalaman yang panjang dalam menyokong penyelidikan dan pembangunan (R&D), inovasi dan pembangunan semua perusahaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana dalam industri mekanikal di Perancis, pertama melalui program nasional untuk robotik, pembuatan aditif dan kemudian pada peringkat antarabangsa.

“Kami bangga dapat berkerjasama dengan MIDA kerana Malaysia kini memberi keutamaan kepada automasi industri dan digitalisasi,” kata Richet.

Sementara itu, kenyataan itu berkata MIDA sebagai pihak berkuasa dalam promosi pelaburan dan pembangunan yang utama di Malaysia, MIDA terus meningkatkan usahanya untuk memacu hubungan R&D yang lebih kukuh antara industri, institusi pengajian tinggi dan penyelidikan.

Sehingga kini, MIDA telah meluluskan  sebanyak 195 projek R&D dengan jumlah pelaburan sebanyak RM3 bilion, merangkumi 46 kemudahan R&D dalaman, 79 syarikat R&D kontrak, 30 syarikat R&D, 24 syarikat status R&D serta 16 projek R&D strategik nasional.

“Kerajaan terus menyokong kerangka R&D di negara ini melalui pelbagai insentif dan bantuan kewangan,” kata kenyataan itu.

MIDA menawarkan insentif cukai kepada pengilang yang mempunyai kemudahan R&D dalaman atau penyedia perkhidmatan penyelidikan.

“Insentif elaun cukai pelaburan ditawarkan kepada entiti yang mendapat kelulusan sebagai syarikat R&D, syarikat R&D kontrak atau kemudahan R&D dalaman dan pada masa yang sama, syarikat R&D kontrak juga dapat memilih insentif status perintis,” katanya. Bagi mengaktifkan kegiatan R&D, rma-rma yang menerima perkhidmatan daripada syarikat berstatus R&D layak untuk menuntut potongan dua kali ganda atas perbelanjaan yang dikeluarkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon